Home > Foto Artis > Syarif berhijrah demi kerjaya

Syarif berhijrah demi kerjaya

ARTIS MELETOP

Syarif berhijrah demi kerjaya


Syarif Kanan dan Alyph Kiri

Anak sulung daripada lima beradik ini sanggup berjauhan dengan keluarga demi mengembangkan kerjaya­nya sebagai penyanyi. Syarif bersama sepupunya Alyph membentuk kumpulan Sleeq.

Ketika masih menuntut di sekolah menengah, Syarif sering berkunjung ke rumah sepupunya untuk belajar matematik daripada ibu Alyph.
Setiap kali bertemu Alyph, mereka berbual dan bertukar-tukar pandangan mengenai muzik. Minat sama memberi idea kepada Syarif supaya mereka bergabung dan pada 2005, Sleeq ditubuhkan.

Tahun lalu, Syarif mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Jejaka tinggi lampai dari Kota Singa itu menerima tawar­an Suhan Movies untuk menjayakan watak Shaq dalam drama bersiri Sahabat.

Namun, ia bukan pembabitan pertamanya kerana sebelum itu Syarif pernah beraksi dalam siri Anak Metropolitan, Cinta Exora dan Bingit.

Syarif pernah terpalit kontroversi apabila penyanyi Amanda Imani mendakwa dia tidak jujur dalam hubungan. Bagaimanapun, Syarif membalas kenyataan itu de­ngan menyatakan Amanda bukan kekasihnya tetapi hanya kawan.

Pada penghujung 2011, Syarif mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Malaque Mahdaly, bekas peserta Singapore Idol musim ketiga.

Mengikut perancangan, Syarif bakal bernikah hujung tahun ini dan membawa Malaque menetap di Malaysia.

Syarif mendapat pendidikan awal di Qihua Primary School sebelum meneruskan pengajian di Woodlands Ring Secondary School dan kemudian bergelar lulusan Diploma Komunikasi dan Pengurusan Media dari Temasek Polytechnic.

PROFIL:

Nama sebenar: Ahmad Syarifullah Ahmad Sorbiah
Tarikh lahir: 9 November 1989
Asal: Woodlands, Singapura

Tags: , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Beautiful Mariana Renata
  2. Febiola Novita
  3. Poster Film Indonesia hasil nyontek
  4. Foto Luna Maya dan Nora yang tidak tersiar pada malam MLM 2013
  5. C Ronaldo Cipta Rekod Baharu Hatrik Dalam La Liga
  6. yasmine wildblood
  7. Alif Aziz patah hati dengan Adira?
  8. Ingin anak selepas setahun
  9. Lepas Isu Seksi, Gambar Kayda Bercium Tersebar Pula Di Media
  10. Awie Dapat Perintah Halang Media Lapor Kes Luar Mahkamah

Comments are closed.