Home > Foto Artis > Syafiq Kyle Saya Bukan Orang Ketiga

Syafiq Kyle Saya Bukan Orang Ketiga

ARTIS MELETOP

Syafiq Kyle Saya Bukan Orang Ketiga

Sejujurnya saya tidak mengetahui tentang hubungan cinta mereka. Itu urusan peribadi mereka dan saya sendiri tak ada hak untuk mengambil tahu itu dan ini.

“SAYA bukan orang ketiga seperti yang mereka maksudkan,” tegas pelakon baru Syafiq Kyle tentang kisah perpisahan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose baru-baru ini.

Sambil menolak kisah mengarut tersebut, Syafiq bertegas hubungan antaranya dengan Uqasha hanyalah teman biasa dan tak pernah lebih daripada itu.

Bagi Syafiq, dia langsung tidak mengetahui tentang kisah cinta antara bekas pasangan tersebut kerana itu adalah urusan peribadi mereka yang tak perlu dicampuri.

Yang membuatkan pelakon berusia 22 tahun ini terkilan apabila namanya mula dikatikan sebagai orang ketiga yang sedikit sebanyak mencemarkan reputasinya sebagai orang baru.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sejujurnya saya tidak mengetahui tentang hubungan cinta mereka. Itu urusan peribadi mereka dan saya sendiri tak ada hak untuk mengambil tahu itu dan ini.

“Dalam kalangan pelakon memang hubungan saya dan Uqasha sebagai kawan. Kalau saya berkawan tak bermakna saya bercinta dan saya sendiri tak mengetahui macam mana cerita saya menjadi orang ketiga boleh keluar.

“Mungkin penjelasan saya ini boleh menjernihkan sedikit keadaan. Tak usah lagi dipanjang-panjangkan cerita yang saya jadi orang ketiga atau apa,” jelas Syafiq lagi.

Meskipun banyak cerita-cerita negatif tersebar tentang dirinya sebagai orang ketiga, Syafiq tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu perkara yang membebankan.

Mengakui keluarganya ada bertanya tentang perkara berkenaan, Syafiq bersyukur peminatnya masih memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk tidak melayan isu tersebut.

“Saya tak pernah rasa tergugat dengan isu ini cuma saya kurang senang apabila nama saya dikaitkan dengan perpisahan orang lain. Bukan saya seorang sahaja kawan dia tapi ada lagi yang lain.

“Tapi kenapa nama saya sahaja yang terheret? Itu yang membuatkan saya pening memikirkannya. Apa-apa pun saya bertegas untuk tidak mencampuri urusan mereka,” katanya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Masih jauh

Baru dua tahun bergelar pelakon, Syafiq tidak menafikan yang perjalanannya masih jauh dalam industri seni. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk bergelar pelakon yang disegani.

Jika ada yang perasan nama Syafiq cukup sinonim dengan drama bersiri Tanah Kubur yang disiarkan di Astro Prima. Dia yang terlibat selama 10 musim di dalam drama berkenaan menganggap peluang berkenaan tidak ternilai.

Untuk musim ke-12, Syafiq tidak lagi menjadi sebahagian drama rantaian berkenaan disebabkan percanggahan jadual kerja.

“Saya tak pernah kata enggan lagi dikaitkan dengan drama Tanah Kubur. Saya sedar orang mula mengenali nama Syafiq Kyle disebabkan drama berkenaan.

“Kalau nak ikutkan saya memang sangat berbangga apabila orang ingat dan menyapa saya dengan panggilan Tanah Kubur. Itu tandanya orang kenal produk saya dan mengikuti perkembangan saya,” jelasnya.

Pun begitu Syafiq mahu mengikis persepsi masyarakat yang hanya mengenalinya dengan drama berkenaan.

Baginya dia perlu diberi peluang untuk dikenali dengan drama-drama lain atau watak-watak lain yang lebih mencabar dan menguji kemampuannya.

“Saya tahu ramai yang memberikan komen positif dan juga negatif. Kalau ada yang nak menegur atau mengata lakonan saya kaku dipersilakan.

“Saya tak ada masalah untuk perkara itu sebab saya tahu itu tandanya mereka melihat lakonan saya,” ujar Syafiq.

Selain Tanah Kubur, Syafiq turut terlibat dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Oh My English!, Puteri Bukan Nama Sebenar dan banyak lagi drama lain.

Tags: , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Pelajar maut nahas dalam kampus UITM Shah Alam
  2. Rozita dan Rita Rudaini Punya Pendirian Berbeza – Zain Saidin
  3. Cara Membuat Bulu Mata Panjang, Indah dan Tebal
  4. Impian Search tertunai
  5. Kantoi lepas pakai topi keledar sama tiap kali merompak
  6. Pokok Kurma Berbuah Di Kelantan
  7. Dua model separuh bogel di Ipoh mengaku salah
  8. Rita Rudaini Dan Gambar Bekas Suami Pertama
  9. KADAR TOL TAMBAK JOHOR MENINGKAT TIGA KALI GANDA BERMULA 01 OGOS.
  10. impian setiap lelaki, di temat tidur bareng Luna Maya, Uli, VJ Marrisa dan Chantal D Concetta

Comments are closed.