Home > Foto Artis > Satu lagi Pentas Akhir Kilauan Emas 4 minggu hadapan

Satu lagi Pentas Akhir Kilauan Emas 4 minggu hadapan

ARTIS MELETOP

Satu lagi Pentas Akhir Kilauan Emas 4 minggu hadapan

Kejutan berlaku pada Isnin, di Pentas Akhir Kilauan Emas musim keempat selepas pengacara Raja Azura mengumumkan Zain, Ben dan Arip bakal merebut gelaran juara di Konsert Mega Akhir dan ianya bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Sebelum itu, Nas dan Nordin masing-masing diumumkan sebagai peserta yang diundi berada di tempat kelima dan keempat dengan membawa pulang wang tunai RM 15,000 dan RM 10,000 beserta, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah MIDI selama tiga bulan dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Dengan tema bebas dan kesemua finalis telah diberikan lagu baru untuk dipersembahkan di hadapan tiga juri tetap Datuk Ramli M.S, Datuk Hattan dan Ziana Zain serta seorang juri jemputan iaitu Erra Fazira.

Keputusan mengejut sebentar tadi di konsert Kilauan Emas 4 serba sedikit memberi harapan kepada Zain, Ben dan Arip untuk memperbaiki mutu vokal nyanyian mereka dan berentap merebut gelaran juara Kilauan Emas musim keempat pada minggu hadapan.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mampukah mereka memikat hati para juri serta menarik undian penonton di rumah pada minggu hadapan?

Teruskan mengundi kerana jika otai kegemaran anda tidak memenangi hadiah utama, dia mungkin berpeluang untuk bergelar naib juara dan memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear bernilai RM85,000.

Konsert pentas akhir Kilauan Emas 4 bakal berlangsung di kaca televisyen anda pada minggu hadapan bermula 9.30 malam saluran Astro Prima (105) dan Astro Mustika HD (134).

Terus hantarkan undian anda kerana nasib para peserta akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 70% oleh juri tetap dan 30% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton menerui system pesanan ringkas (SMS).

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Seperti biasa, peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan disingkirkan. Ikuti cara undian seperti di bawah:

Anda hanya perlu taip KEPESERTA atau KEjarak untuk 3,5,10 undian ke 32777.

Contoh: KE10 PESERTA dan hantar ke 32777. Untuk 20 undian: Taip KE20PESERTA dan hantar ke 32777.

Tags: , , , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Wanita pakai maskara yang dicuri dari lokasi MH17 terhempas dikecam
  2. Nora Danish kalis kontroversi
  3. Zahiril Adzim Beri Penjelasan Terpaksa Solat Di Parkir PWTC
  4. ‘Bukan kawan tapi kekasih’
  5. Julia Perez – Gaston Castano Hot Vacation Pictures
  6. Kerana Langgar Kontrak, Zizan Razak Disaman
  7. Izreen Azminda Buat Penjelasan di ABPBH 2013
  8. Kereta Jihan Raja Lawak kena conteng! Jihan bermusuh dgn sapa?
  9. Virus Ebola kembali mengganas?
  10. Lelaki Menyerupai Perempuan Atau Sebaliknya Dilaknat Allah

Comments are closed.