Home > Foto Artis > Salwa Razak nafi ditaja seseorang

Salwa Razak nafi ditaja seseorang

ARTIS MELETOP

Salwa Razak nafi ditaja seseorang

MEMILIKI kehidupan mewah dan berkemampuan untuk menetap di sekitar kawasan segi emas ibu kota menjadikan Salwa Razak berada di kelas tersendiri berbanding penyanyi yang auh lebih popular daripadanya.

Dia dilihat jarang mendapat tawaran menyanyi tetapi memiliki koleksi pelbagai barangan berjenama. Ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya sumber pendapatan artis berusia 29 tahun ini.

Pada masa sama dia pernah digosip ditaja oleh seorang teman istimewa dan itu dikatakan menjadi kontroversi. Tambahan pula Salwa bertegas mengatakan semua itu hasil kerja kerasnya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila dia menyepi hampir dua tahun, ini seolah-olah mengiyakan khabar angin yang mendakwa penyanyi yang popular dengan lagu Ahmad ini ditaja oleh seseorang.

Bagaimanapun Salwa menafi sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil memberitahu dia tahu siapa penyebar cerita itu.

Tetapi pada masa sama dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan walaupun berhak mengambil tindakan ke atas piak yang membawa cerita buruk tentangnya.

“Saya jadi letih apabila berterusan diserang dengan cerita buruk sebegini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu di mana kesilapan saya di mata pihak itu apabila dia berterusan menjaja cerita buruk saya.

“Lebih sedih lagi apabila cerita tentang saya ditaja ini tersebar apabila saya tidak lagi terikat dengan pihak tertentu,” tegasnya sambil mengelak untuk mendedahkan gerangan individu yang dimaksudkan.

Enggan untuk bercerita lanjut tentang kerugian dialami namun kata Salwa, dia mengalami kerugian beratus ribu ringgit untuk tujuan promosi dirinya sebagai penyanyi. Dia memang penyanyi yang berjaya kerana bukan mudah penyanyi baru boleh memperuntukan beratus ribu ringgit untuk tujuan promosi.

Tambah Salwa lagi, itu tidak termasuk keperluan lain yang diminta pihak berkenaan yang kerap dipenuhi tanpa banyak soal. Bagaimanapun apa yang dikesalkan apabila pelaburan yang dibuat tidak mendatangkan sebarang hasil.

“Saya pelik apabila ada cerita yang mendakwa saya ditaja. Saya banyak menerima tawaran menyanyi tapi semuanya secara tertutup. Tak ada wartawan yang membuat liputan.

“Jadi apabila orang nampak saya hidup mewah, orang kata saya ditaja. Itu tidak adil,” katanya kesal.

Dek kekecewaan khabar angin tidak berasas itu kata Salwa, dia mengambil keputusan untuk menyepi diri untuk melupakan semua cerita yang berasas itu.

Tidak mengalah

MENGULAS lanjut tentang apa yang dilakukan Salwa sepanjang tempoh berdiam diri kata anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini, dia menceburi bidang nurseri pokok.

Projek tanaman yang diusahakan bersama keluarga itu adalah tempat dia meluahkan segala perasaan marah yang terpendam akibat kebodohannya yang terlalu mempercayai seseorang.

Mengakui seorang yang mudah kasihan dan gemar membantu kata Salwa, dia juga tidak akan berlembut lagi dengan mana-mana pihak yang pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana keadaan saya sepanjang dua tahun kebelakangan. Saya memang tidak boleh mengenang kembali keadaan itu, rasa fobia pun ada.

“Tapi saya percaya bahawa apa yang berlaku itu pasti ada hikmah tersendiri. Saya juga tidak akan mengalah atau berundur dalam bidang seni kerana ini adalah keutamaan saya,” katanya lagi.

Terbaharu Salwa sedang giat mempromosikan lagu single terbaharunya berjudul Begitulah Diriku selain Hidup Baru yang dipertaruhkan untuk projek menjenamakan dirinya sebelum ini.

Tags: , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Pengurus Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Wang Syarikat
  2. Liyana Jasmay Belum Mampu Tinggalkan Anak
  3. Amir Jahari Tidak Kejar Populariti Sebagai Artis
  4. HARGA ROKOK NAIK PADA 05 NOVEMBER 2014 (SENARAI HARGA ROKOK 2014)
  5. Adi Putra Saya Tidak Marah Pada Orang Yang Sebar Gambar Separa Bogel
  6. Dazrin jawab tuduhan ak dispkin
  7. VIDEO : Seorang Pelajar Sekolah Dalam Kandang Harimau Putih Sebelum Maut Diserang.
  8. ingin jadi P.Ramlee
  9. Syafiq Kyle Saya Bukan Orang Ketiga
  10. Rozita dan Rita Rudaini Punya Pendirian Berbeza – Zain Saidin

Comments are closed.