Home > Foto Artis > Sabutan hambar

Sabutan hambar

ENTAH di mana silapnya, namun kedatangan kumpulan muzik terkenal dari Indonesia, Ungu bagai tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminatnya.

Dianggarkan, hanya kira-kira 2,000 peminat hadir bagi menyaksikan ‘Konsert Tercipta Untukku Live in Malaysia’, malam kelmarin.

Jumlah itu bagaikan mengulangi rekod peminat yang hadir pada Konsert Mega Ungu Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jumlah yang hampir sama.

Sama ada rangka promosi yang tidak cukup kuat, harga tiket yang mahal atau populariti kumpulan yang sudah lebih 17 tahun berkecimpung dalam industri muzik ini sudah menurun menjadi punca konsert kali ini tidak mendapat sambutan.

Malah sebelum konsert bermula, Pasha selaku vokalis kumpulan ini sempat meminta agar mereka yang mendapat tempat di belakang dapat memenuhi ruang yang kosong di hadapan.

Bagaimanapun apa yang istimewa, Ungu bukan sahaja menghiburkan peminat di Malaysia, bahkan peminat dari Singapura dan Brunei turut hadir menyaksikan persembahannya itu.

Selain itu, beberapa artis terkenal seperti Datin Seri Tiara Jacquelina, Beego dan isteri, Linda Hashim serta kumpulan Bocey turut hadir menyaksikan persembahan kumpulan itu.

Muncul kira-kira jam 9.20 malam, para penonton sebelum itu dihiburkan dengan persembahan daripada artis naungan Suria Record iaitu Qierra, Snapshot, Hazman dan Twinnies.

Mereka menyampaikan beberapa buah single terbaharu yang sudah mula diputarkan di corong radio dan juga YouTube seperti Sepi, Kau Yang Satu, Cinta Jangan Pergi dan You Marah I Love You.

Ungu seterusnya terus membuat persembahan dengan muzik rancak menerusi lagu Melayang. Sebelum menyanyikan lagu kedua, Pasha sempat berbual dengan peminat sambil memberi bayangan lagu kedua iaitu I Need You.

Seterusnya kumpulan yang terdiri daripada Pasha, Makki (bass), Enda (gitar), Oncy (gitar), dan Rowman (drum) terus menyanyikan beberapa buah lagu daripada album-albumnya yang terdahulu.

Tidak hanya sekadar bernyanyi, Pasha juga bersikap sporting dengan berinteraksi dengan peminat-peminat sebelum meneruskan persembahan dengan seleksi lagu-lagu popularnya.

Bukan itu sahaja, Pasha juga turut memberi kesempatan kepada dua ahli kumpulannya iaitu Oncy dan Enda; masing-masing menyanyikan sebuah lagu iaitu Demi Waktu dan Tercipta Untukku.

Bagaikan tiada erti penat, Pasha dengan vokal yang cukup bertenaga terus menyampaikan seleksi lagu popular termasuk lagu bercorak ketuhanan seperti lagu Andaiku Tahu.

Tidak sekadar menyanyi, Pasha juga turut menunjukkan kemahirannya bermain gitar dan turut mengundang seorang peminat bertuah hadir bagi berduet dengannya di atas pentas.

Janji kembali

Turut menyanyi sambil duduk berjurai kaki di pentas ketika menyampaikan lagu Kekasih Gelapku, Pasha turut mengambil kesempatan turun ke bawah dan bersalam serta bergambar dengan beberapa peminat bertuah.

Bahkan, Pasha juga turut berjanji untuk kembali ke Malaysia bagi mempromosikan single terbarunya pada bulan Jun kelak.

“Terima kasih kerana hadir pada malam ini. Kami sangat menghargai kehadiran anda, anda semua memang hebat,” ujar Pasha dan disambut jeritan daripada para peminat.

Pasha berkata, sempena ulang tahun ke-17 tahun penubuhan Ungu, dia juga akan menyampaikan 17 buah lagu buat para peminat.

“Kami juga telah melancarkan box set album edisi platinum dan gold yang mengandungi album-album, album kompilasi serta album runut bunyi yang pernah dihasilkan Ungu sejak awal kemunculan mereka.

“Kami juga dalam proses merakamkan album terbaru yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Jun. Kami berharap album tersebut akan mendapat sambutan di sini,” katanya.

Peminat puas hati

Paling melucukan, sebelum menyampaikan lagu terakhir, Pasha sempat bergurau dengan peminat dan mengajar mereka untuk menjerit namanya sebaik dia masuk ke dalam.

“Nanti selepas saya menyanyikan lagu, saya akan masuk ke dalam dan anda harus menjerit dan mengatakan ‘We Want More’. Kemudian saya akan pura-pura berbelah bahagi dan kemudian menyanyikan lagu terakhir,” katanya sambil disambut deraian ketawa daripada peminat.

Namun secara keseluruhannya, rata-rata peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan Ungu pada malam itu dan juga stamina serta vokal Pasha yang cukup bertenaga dari mula sehingga konsert berakhir kira-kira jam 11.10 malam.

Tags: ,



Artikel Yang Lain:


  1. Rahma Azhari Picture
  2. APA JADAH PAKAIKAN SERBAN DAN JUBAH KEPADA ANJING?
  3. Awie Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Pukul Isteri Di Mahkamah
  4. Izreen Azminda Buat Penjelasan di ABPBH 2013
  5. Usop, Saya tak pernah lempar baju
  6. Dewi Persik Topless
  7. SIRIUS BANGANG ! STATUS BERANI MATI YANA !
  8. Virus Ebola kembali mengganas?
  9. RM10 Juta Bantu 2,000 Penerima ASB Sejahtera
  10. KEHEBATAN PROTON SAGA “MENDARAT” ATAS BUMBUNG KERETA LAIN

Comments are closed.