Home > Foto Artis > Rozita Che Wan umum hamil

Rozita Che Wan umum hamil

Pelakon Rozita Che Wan pada petang Isnin mengesahkan sedang hamil anak pertamanya bersama aktor Zain Saidin menerusi laman Instagram miliknya.
Rozita, 41, dalam satu entri di laman tersebut memberitahu dia mengetahui sedang mengandung selepas melakukan sendiri ujian kehamilan selain turut gembira kerana dapat memberikan seorang anak buat suaminya.
“Alhamdulillah, …syukur dengan nikmat mu ya Allah,” katanya pada kapsyen gambar alat ujian kehamilan yang dimuat naik di Instagram milik Rozita.
Bagaimanapun Rozita tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu.
Sebelum ini menerusi laporan mStar Online pada 3 Mac lalu, Zain, 30, pernah meluahkan perasaan gembiranya bahawa Rozita berkemungkinan besar sudah mengandung.
che ta
Foto alat ujian kehamilan yang dimuanaik dalam Instagram milik Rozita Che Wan.

Bagaimanapun ketika itu, Rozita belum membuat pemeriksaan doktor lagi dan Zain menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya jika Rozita benar-benar mengandung.
Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Rozita juga mempunyai dua cahaya mata anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Luahan Peminat Yang Mendedahkan Perangai Sebenar Azwan Ali
  2. Kasihan! Dihamili Hingga Melahirkan, Artis Ini Belum Juga Dinikahi
  3. SUBSIDI : KENAPA ORANG LUAR YANG DAPAT?
  4. FESYEN TERKINI YANG MEMALUKAN DI CHINA (6 GAMBAR)
  5. Zackia Arfan
  6. Raline Shah
  7. Rozita Che Wan Larang Anak Jadi Pelakon
  8. Anugerah MeleTop Era Artis sedia 5 kategori
  9. Jangan Sebar Kandungan, Gambar Mangsa Pesawat MH17 – SKMM
  10. Didie Alias mengandung di usia 40 an

Comments are closed.