Home > Foto Artis > Retak kerana orang ketiga

Retak kerana orang ketiga

Ramai yang simpati sebenarnya dengan pengakhiran kisah cinta John Mayer dan Katy Perry. Terkini, khabarnya ada orang ketiga di sebalik perpisahan mereka.
Perkara itu didedahkan oleh sumber terdekat Katy Perry kepada wartawan sebuah majalah baru-baru ini.
Menjelaskan perkara itu, Mayer dikatakan telah menjalin hubungan terlarang dengan jurulatih senaman bernama Lauren McHale.
“Mayer sebenarnya bertemu dengan wanita berusia 24 tahun itu di sebuah bar di Los Angeles pada bulan Mei lalu.
“Mayer juga sempat meluangkan masa bersama untuk minum bersama dengan rumah wanita itu,” ujar sumber itu.
Tambah sumber itu lagi, mereka tidak pernah tidur bersama tetapi kerap berjumpa dan berhubung melalui telefon selama beberapa bulan.
Sebelum kisah orang ketiga ini diberitahu, ada beberapa khabar angin yang mengatakan mereka berpisah. Ini termasuklah Perry yang dikatakan sudah bosan dengan janji-janji Mayer yang tidak pernah ditepati.


Tags: , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Aliran Sesat Baru di Kerinci Jambi, Shalat Cukup 2 Rakaat dan Memiliki Nabi Baru Setelah Muhammad SAW
  2. Polis tahan 16 peserta demonstrasi kilang Lynas
  3. Rita Rudaini Dan Gambar Bekas Suami Pertama
  4. Rahma Azhari Picture
  5. Amyra tak nyesal
  6. Taksiran ganti rugi saman Johan 28 April depan
  7. DIY : Kotak Simpanan
  8. Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 Versi Penuh HD
  9. Zon selesa Zara Zya
  10. 5 Artis Korea Yang Mati Bunuh Diri

Comments are closed.