Home > Foto Artis > Raja Pop masih berbisa

Raja Pop masih berbisa

SEHINGGA kini, Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, masih berbisa dan menjadi rebutan penganjur untuk acara hiburan tanah air.

Selain bakal menjayakan Konsert Eksklusif Datuk Jamal Abdillah di Hotel Zenith, di Kuantan, Pahang pada 11 April, pemilik suara merdu ini turut menjayakan ‘The Moments With Datuk Jamal Abdillah’ sempena minggu setiausaha pada 24 April depan di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.

Malah penyanyi yang popular dengan lagu Penghujung Rindu dan Azura ini juga akan bergandingan bersama penyanyi Nas Adila dalam majlis makan malam Raikan Hari Ibu, pada 11 Mei depan.

Ditanya mengenai persediaannya, Jamal berkata, buat masa ini dia memfokuskan seluruh staminanya terhadap persembahan di Kuantan. Meskipun usianya sudah mencecah usia separuh abad, namun akui Jamal, ia bukanlah penghalang untuknya terus beraksi dan menghiburkan peminat.

“Saya ada produksi sendiri meliputi pemuzik dan kelengkapan persembahan itu sendiri. Jadi bila ada produksi sendiri, saya rasa lebih puas hati kerana dapat membuat konsert mengikut apa yang saya impikan.

“Sekarang, untuk persediaan, saya juga sedang menguji sistem bunyi dan produksi pentas selain membawa kepakaran dari pemuzik profesional terkenal dari tanah air kerana segala kelengkapan itu diaturkan oleh syarikat saya sendiri. Jadi ia amat penting kepada saya untuk memastikan konsert ini berjaya,” katanya.

Muzik ‘Unplugged’

Mengulas lanjut mengenai konsert ‘Eksklusif Datuk Jamal Abdillah’ itu, pemilik nama sebenar Ubaidillah Ali ini berkata, beliau sangat teruja dengan lamaran Budak Zapin Production untuk mengadakan konsert eksklusif di Kuantan, selepas kejayaan konsertnya bersama Saleem di Hotel Permai, Kuala Terengganu, tahun lalu.

“Alhamdulillah, selepas melihat sambutan konsert yang lalu, maka tercetuslah idea mereka untuk mengadakan konsert sebegitu di Kuantan.

“Namun, saya akan memastikan konsert kali ini lebih berjaya dari sebelum ini,” katanya yang turut akan membuat kejutan menerusi persembahan Unplugged.

Konsert yang diadakan secara tertutup ini turut menampilkan Datuk Ramli Sarip, Elly Mazlein dan penyanyi veteran, Elias Shah.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM80, RM150 dan RM250 dan terhad kepada 2,500 tetamu sahaja.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu, beliau sekali lagi bakal menghiburkan peminat di pantai timur,  (Terengganu dan Kelantan) pada April depan.

“Konsert ini akan mungkin akan berlangsung selama dua jam setengah dan semestinya saya akan memilih lagu-lagu hits sebelum ini,” katanya.

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Hot Photo DJ Vega at Popular magazine
  2. Rahsia Kekal Muda Bersama Produk NUTOX Diperbaharui
  3. SIRIUS BANGANG ! STATUS BERANI MATI YANA !
  4. Adi Putra Saya Tidak Marah Pada Orang Yang Sebar Gambar Separa Bogel
  5. Sharifah Sakinah Selamat Bertunang, Nikah Pada 28 Mac 2015
  6. Emma Maembong melentik
  7. Chef Riz Terkilan Diboikot Stesen Televisyen
  8. Sarah dahulukan suami
  9. Video : Lagu Tanggal 31 Nyanyian Si Cantik Elizabeth Menjadi Viral Di Youtube
  10. Zizan jadi pilihan?

Comments are closed.