Home > Foto Artis > Osama Yamani mahu ikut jejak Jamal Abdillah

Osama Yamani mahu ikut jejak Jamal Abdillah

ARTIS MELETOP

Osama Yamani mahu ikut jejak Jamal Abdillah


OSAMA Yamani tetap utama pelajaran biarpun nak jadi anak seni seperti bapanya.

Melihat kemunculan anak sulung Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani ketika berlangsungnya Konsert Nostalgia Jamal sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 yang berlangsung di pentas berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya (IB) Ogos lalu, ada sesuatu yang diperhatikan.

Kemunculan Osama di atas pentas berkenaan boleh dikatakan mempunyai aura tersendiri seperti mana yang diwarisi bapanya. Di usia 13 tahun, beliau tidak menafikan mahu memanjangkan legasi seni bapanya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Osama yang ditemui ARTISMELETOP baru-baru ini memberitahu biarpun minat seninya kian bercambah, beliau yang sedang menuntut di Sekolah Seni Malaysia KL di Bukit Jelutong, Selangor harus mengutamakan pelajaran seperti mana yang dipesan Jamal.

“Ada peluang dan ruang saya mahu jadi seperti babah (panggilan kepada Jamal). Memang dari kecil saya sering juga mengikuti beliau membuat persembahan di sana sini, cuma ketika itu tak berani nak cakap.

“Minat itu berputik dalam diam. Tengok babah menyanyi di TV, memang timbul di hati untuk meneruskan kelangsungannya. Selain nak jadi penyanyi, saya juga nak jadi pengarah muzik. Cuma dalam apa yang saya ingini, pelajaran tetap perlu dihabiskan,” katanya yang tidak pernah mengambil pelajaran vokal secara rasmi di mana-mana kelas muzik.

Osama memberitahu sebagai anak, beliau sedar bapanya mahu yang terbaik termasuk aspek kehidupan dan masa depan.

“Saya percaya setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Jadi saya tak boleh melawan cakap mereka. Saya memang tak pakai telefon bimbit. Apatah lagi mempunyai akaun laman sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.

“Dulu pernah ada sekejap akaun laman sosial tapi sebab saya pernah leka belajar hingga gagal dalam peperiksaan, terus babah suruh tutup. Babah nak saya fokus belajar,” katanya.

Tags: , , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Rog0l bekas juara Mentor wanita?
  2. BENTUK ASET WANITA YANG SOSIAL TERLAMPAU
  3. Erin Malek & Kekasih Bakal Bertunang 21 Jun Ini
  4. Dewi Persik Topless
  5. Datuk Ramli MS dan Alyah di tangkap basah
  6. Bila Kentong Berbunyi
  7. SIAPAKAH YANG MEMULAKAN SOLAT TARAWIH BERJEMAAH?
  8. Adriani Marshanda : Kisah Sedih di Hari Minggu
  9. TERSEMBUL ‘D4D4′ AGNES MONICA BERGAMBAR DI KEDUTAAN AS
  10. Yana Samsudin Bertegas Tidak Lakukan Pembedahan Wajah

Comments are closed.