Home > Foto Artis > Obses cantik: Raja Ilya pernah tersalah langkah

Obses cantik: Raja Ilya pernah tersalah langkah

TIDAK dinafikan lagi, kecantikan sememangnya cukup sinonim dengan kaum wanita.

Rata-rata wanita sanggup berhabis semata-mata untuk kelihatan cantik dan menarik untuk kepuasan diri sendiri.

Begitu juga dengan aktres sadang meningkat naik, Raja Ilya yang akui obses pada kecantikan.

Bercerita pengalamannya sebelum ini, Ilya akui pernah ambil jalan mudah dengan mengamalkan diet yang tidak seimbang sehingga menjejaskan kesihatannya.

Namun setelah menyedari cara itu hanya memudaratkan, Ilya kini memilih cara yang lebih sihat untuk menjaga kecantikannya.

Untuk minggu ini, mari kita ikuti tips yang diamalkan pelakon ini.

Definisi kecantikan pada anda?

Kalau bercakap mengenai kecantikan ini, secara keseluruhannya, bagi saya apa yang penting ianya bermula dari dalaman. Memang kecantikan luaran itu sentiasa dilihat tapi ia tidak akan berkekalan.
Bagi saya jika seseorang memiliki kecantikan dari hati, secara langsung ia juga akan memberi kesan kecantikan pada luaran seseorang.

Anda seorang yang obses pada kecantikan?

Ya… saya sangat-sangat obses. Sebagai seorang pelakon, sudah tentu kita akan sering diperhatikan oleh peminat. Jadi penjagaan kecantikan memang penting buat saya. Walaupun secara sederhana yang penting ia nampak menarik.

Ada sediakan bajet tertentu untuk kecantikan?

Itu perlu tapi kadang-kadang pernah juga terlebih bajet. Penjagaan kecantikan ini perlu konsisten, jadi memang saya ada sediakan bajet setiap bulan untuk kecantikan.

Sejauh mana anda mementingkan kesihatan?

Sebelum ini memang saya seorang yang terlalu obses pada kecantikan sehingga abaikan kesihatan. Selama dua tahun saya amalkan diet tidak seimbang di mana saya tidak makan nasi dan hanya makan lauk pauk dengan kadar yang sedikit.

Memang cara itu berkesan untuk saya tampil langsing, tapi pada masa yang sama ianya menjejaskan kesihatan sehingga mengakibatkan kulit saya kering, badan cepat rasa lemah dan tidak bertenaga.
Sejak itulah, saya sedar penjagaan kesihatan itu perlu dan mula mengubah cara diet saya tambahan pula usia semakin meningkat, jadi penjagaan kesihatan itu amat penting.

Bagaimana anda menjaga kesihatan?

Walaupun sekarang ini saya mula makan nasi, tapi tidak banyak sebab sudah terbiasa dengan diet sebelum ini.

Jadi untuk pastikan badan sentiasa sihat, saya akan amalkan minum susu dan banyakkan pengambilan sayur sayuran untuk gantikan dengan nasi. Selain itu, setiap hari saya akan makan coklat dengan kadar yang perlu sebab ia bagi tenaga kepada saya.

Untuk stamina pula, saya akan habiskan masa tiga kali seminggu untuk ke gymnasium.

Berat badan dan ketinggian anda?

Tinggi saya 165 sentimeter. Dua tahun lalu ketika saya tidak ambil nasi, berat badan saya 43 kilogram dan sekarang ia telah mencecah 50 kilogram.  

Pernah alami masalah berat badan?

Tidak pernah kerana berat badan saya memang mudah turun dan naik. Jadi ini juga kelebihan untuk saya memenuhi karakter watak yang dengan berat badan yang bersesuaian.

Bagaimana pula dengan penjagaan kulit?

Untuk kulit saya amalkan pengambilan vitamin C berbentuk minuman. Manakala untuk luaran pula saya amalkan pemakaian produk Tia Amelia di mana saya juga dilantik sebagai dutanya tahun lepas.
Untuk suplemen saya tidak ambil yang berbentuk pil atau tablet. Sebab saya jenis yang tidak gemarkan pil tapi hanya dalam bentuk minuman.

Hobi masa lapang?

Masa lapang saya suka habiskan bermain dengan kucing-kucing peliharaan saya dan keluarga di rumah. Setakat ini kami ada bela 20 ekor kucing. Sebenarnya ia juga terapi buat saya.
Bila melayani kerana kucing-kucing ini, sedikit sebanyak dapat kurangkan stres.

Perkembangan karier lakonan?

Sekarang lakonan saya yang sedang ditayangkan drama ‘Khalimah Jiwa’ menerusi slot Azalea di TV3 dan sekarang saya sedang menjalani penggambaran drama TV2 ‘Kata Hati’.

Sering ditawarkan watak antagonis, adakah ianya menjejaskan karier lakonan anda?

Memang pada awalnya ditawarkan watak jahat, saya agak ragu-ragu untuk lakukannya kerana takut peminat menyampah. Banyak juga tawaran watak seperti itu yang saya tolak.

Tapi lama kelamaan, saya cuba untuk lakukannya. Saya terpaksa mengkaji watak itu supaya bersesuaian dengan lakonan saya dan Alhamdulillah, lepas beberapa drama bawa watak yang sama, lakonan saya mula diterima.
Sebenarnya ia tidaklah jejaskan karier saya malahan dengan watak seperti itu ramai peminat yang mula mengenali saya.

Tags: , , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Inilah Rahasia Kaya Orang Cina
  2. Izzue Islam Tenang Isteri Dituduh Bersikap ‘Queen Control’
  3. 207 Akaun RM6 Juta Dibeku, 10 Kereta Mewah Disita – SPRM
  4. Boy Iman Jawab Isu Gelaran Datuk Tidak Sah
  5. Gaga di gigit ungka
  6. Zizan Razak Enggan Komen Nilai Kontrak
  7. ify (Blink)
  8. Artis Pakai Dress Sehingga Menampakkan Bentuk Buah Dada Dan Bra Putihnya (9 Gambar)
  9. Didie Alias mengandung di usia 40 an
  10. 10 Klub Sepak Bola Terkaya Dunia 2013

Comments are closed.