Home > Foto Artis > Noh Salleh Tidak Akan Tinggalkan Hujan

Noh Salleh Tidak Akan Tinggalkan Hujan

ARTIS MELETOP

Noh Salleh Tidak Akan Tinggalkan Hujan

Vokalis Hujan iaitu Noh Salleh tidak akan meninggalkan kumpulannya itu meskipun ketika ini memilih untuk muncul secara solo dengan sebuah kumpulan lain iaitu Da Vagabonds.

Noh, 29, berkata, walaupun pernah terdapat pertelingkahan dalam Hujan, namun dia sudah menganggap ahli-ahli kumpulan itu yang dianggotai Am, AG Coco, Dimas dan Izzat seperti adik-beradiknya sendiri.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kami sudah 10 tahun bersama dan tak mungkin saya akan keluar daripada Hujan. Mereka sudah sebati dengan saya.

“Tak kiralah saya mempunyai 10 kumpulan lain, saya tetap akan setia bersama Hujan,” katanya.

Noh bersama ahli kumpulan Da Vagabonds pada majlis pelancaran runut bunyi filem CEO berjudul Serahkan Segalanya di Hard Rock Café di sini pada Jumaat.


Noh (tengah) bersama anggota kumpulan Hujan.

Kata Noh, lagi tersebut dihasilkan pada tahun lalu dan dia gembira ia digunakan sebagai lagu tema filem tersebut.

CEO yang dibintangi Beto Kusyairi, Remy Ishak dan Cristina Suzanne bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 12 Jun depan.

Selain itu, Noh berkata dia juga bakal muncul dengan sebuah album solo pada Jun depan.

“Selepas sekian lama mengumpul keyakinan diri, baru sekarang yakin untuk menghasilkan album solo yang memuatkan sebanyak lima buah lagu.

“Ilham menghasilkan lagu-lagu ini tercetus selepas saya mencipta lagu duet bersama isteri iaitu Kurnia.

“Menerusi album ini, saya mahu mengalih minda pendengar dengan menyuntik elemen muzik pop nusantara,” ujarnya.

Noh akan mengeluarkan lima lagu baharu iaitu Angin Kencang, Biar Seribu, Bunga Di Telinga, Gelung dan Sang Penikam.

Tags: , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Animasi Keren dari LAKON: Pada Suatu Ketika
  2. Amir Jahari Tidak Kejar Populariti Sebagai Artis
  3. Jangan ganggu kebahagiaan Nora Danish
  4. DR MAHATHIR : ORANG MELAYU SANGGUP BUNUH KERANA SYURGA ALLAH
  5. Bintang Ceria Popstar 2 Duet Bersama Cikgu Malam Ini!
  6. GAMBAR SHEILA MARCIA TIDAK BERSELUAR DALAM TERSEBAR
  7. Payudara Besar Tasha Shila Akui Cuma Minum Produk
  8. Obses cantik: Raja Ilya pernah tersalah langkah
  9. APA JADAH PAKAIKAN SERBAN DAN JUBAH KEPADA ANJING?
  10. Cabaran baharu Zahiril, Amani & Sakinah

Comments are closed.