Home > Foto Artis > Najwa Latiff Dapat 4A Untuk SPM

Najwa Latiff Dapat 4A Untuk SPM

Penyanyi remaja yang dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latiff telah memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Menerusi laporan Utusan Online hari ini, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.

Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Usaha sekumpulan wartawan media untuk menemubual kakak kepada penyanyi tersebut gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan adiknya itu.

Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

Penyanyi itu ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.

najwa latif
Penyanyi Najwa Latif

Tags: , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Hairi (Anak Wayang) Belajar Al-Quran Sebelum Jadi Suami
  2. jodoh 2 Platform Terbaik Hanis Zalikha Cari Bakal Suami?
  3. Mahkamah Hak Asasi Manusia Kekal Larangan Berpurdah Di Perancis
  4. Syafiq Kyle Saya Bukan Orang Ketiga
  5. Fara Fauzana Ikhlas berhijab
  6. Awek Kantoi
  7. Marshanda Main Film Setelah Lulus SMU
  8. 14 cedera terkena bom
  9. ‘Burung Ababil’ buatan Al-Qassam mengejutkan Israel
  10. VIDEO : Seorang Pelajar Sekolah Dalam Kandang Harimau Putih Sebelum Maut Diserang.

Comments are closed.