Home > Foto Artis > MH17 : Alih Perhatian Dunia Dari Gaza

MH17 : Alih Perhatian Dunia Dari Gaza

Lembaran Ilmu

MH17 : Alih Perhatian Dunia Dari Gaza

Assalamualaikum …
Dengan lafaz Bismillah , ramai antara kita yang sedar hakikat ini . Tragedi MH17 telah mengalih perhatian dunai dari Gaza secara automatik . Oleh kerana tragedi MH17 masih segar dan ramai yang menantikan perkembangan selanjutnya , maka kisah saudara kita di Gaza serta serangan Israel ke atas bumi Palestin ibarat ‘ dilupakan sebentar ‘ . Keadaan ini menyebabkan Israel mengambil peluang melakukan serangan sekali lagi . Setakat semalam , jumlah korban telah mencecah seramai 341 orang . 
 MH17 : Alih Perhatian Dunia Dari Gaza

Serangan Terbaru Menambah Jumlah Kematian di Gaza

Hari Sabtu ( 19 Julai ) pesawat Israel telah menghebatkan serangan untuk hari yang ke – 12 ke atas Gaza atas alasan konfrantasi dengan Hamas . Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al – Qudra , serangan terbaru ini telah mengorbankan 2 lelaki yang berusia 25 dan 31 tahun berhampiaran Dier al – Balah di tengah Gaza serta 2 orang di Zeitun ( timur bandar Gaza ) menjadikan jumlah kematian untuk hari Sabtu sahaja mencecah kepada 45 orang .

Serangan Keatas Gaza Menjadi Berita Sampingan

Apabila media seluruh dunia memberi keutamaan kepada tragedi MH17 , serangan terbaru di Gaza hanya menjadi tajuk kecil sampingan di dada akhbar bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia . Di Malaysia , masih ramai yang mencari maklumat terkini berkaitan Gaza tetapi di negara luar perkara ini belum tentu berlaku .

Media Mengutamakan Berita Menggemparkan 

Keperluan untuk melariskan bahan media mereka , keutamaan adalah kepada berita tergempar . Itu sudah menjadi keperluan utama atas tujuan meningkatkan rating juga jualan di pasaran . Tidak dapat tidak , kita perlu akur dengan tuntutan itu . 
 MH17 : Alih Perhatian Dunia Dari Gaza
Justeru itu , sebagai muslim yang perihatin terhadap saudara seagama khususnya rakyat Palestin , walaupun tumpuan dunia sudah beralih arah dan Israel mengambil kesempatan itu untuk melakukan serangan berganda , adalah diharapkan doa dan bantuan muslim Malaysia dapat terus diperhebatkan . Siapa lagi yang dapat membantu mereka jika bukan kita .
Bagi mangsa MH17 yang beragama Islam , sesungguhnya anda beruntung kerana terpilih pergi menghadap penciptaNya di bulan Ramadhan yang mulai ini . Al – Fatihah . Semoga anda semua tenang di sana . Insha Allah , syurga tempat anda .
Walaupun sedih dan meratap hiba , pewaris perlu akur bahawa terhempasnya MH17 adalah atas kehendak Allah jua . Walapupun saya tidak berada di tempat itu , saya dapat merasai kesedihan bila kehilangan insan tersayang . Setiap kejadian yang Allah takdirkan itu ada hikmah dan pengajaran . Semoga anda redha dengan ujian dari Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini .  

* NOTA :

Setiap yang hidup pasti akan mati cuma dengan cara dan keadaan yang berbeza .

Ditulis oleh :

Pemilk mutlak Lembaran Ilmu

Tags: , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Hanez Suraya masih ingin berlakon
  2. Tonton Maharaja Lawak Mega 2013 Versi Penuh HD
  3. Zizan Razak Enggan Komen Nilai Kontrak
  4. Raja Azura dah 5 tahun menjanda
  5. Orang Makan Orang Di China
  6. (Gambar) Pangkal dada Diana Danielle jadi perhatian…
  7. ashilla
  8. Mahkamah Arah Rozana Misbun Bayar RM500 Kepada Awie
  9. Emma Maembong melentik
  10. Liyana Jasmay Belum Mampu Tinggalkan Anak

Comments are closed.