Home > Foto Artis > Maya Karin Tinggalkan Lakonan

Maya Karin Tinggalkan Lakonan

ARTIS MELETOP

Maya Karin Tinggalkan Lakonan


Maya Karin berehat seketika daripada layar perak, beri tumpuan promosi album terkini

Sememangnya wanita ini antara pelakon berbakat besar dalam dunia perfileman tanah air. Berilah apa saja watak kepadanya, besar mahupun kecil, pasti beliau akan menyempurnakan amanah itu dengan sebaik mungkin.

Justeru, tidak hairanlah apabila dirinya menjadi antara nama pilihan sutradara terkemuka, Datin Paduka Shuhaimi Baba, setiap kali beliau muncul dengan judul baharu. Menerusi filem garapan wanita itu jugalah Maya Karin dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Jepun, hasil persembahan membanggakan dalam Pontianak Harum Sundal Malam (2004).

Selama hampir 13 tahun bergelar anak seni, sudah banyak trofi Maya genggam, termasuklah dalam bidang lakonan. Lakonan dalam Ombak Rindu arahan Osman Ali pada 2011 umpamanya menghadiahkan aktres ini anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-25. Sebelum itu, lakonannya dalam Anak Halal (2007), juga arahan sutradara sama, turut mendapat perhatian ramai.

Sejak muncul di layar perak sekitar 2001 menerusi filem No Problem dan Sri Dewi Malam, sudah hampir 20 judul filem dibintangi wanita kacukan ini. Sudah juga mencuba pelbagai genre, daripada komedi, seram hinggalah filem berbentuk drama, tiada apa lagi yang ingin dikejar wanita ini apabila turun ke lokasi.

Cuma, katanya, watak samseng saja yang belum pernah dilakonkan olehnya setakat ini. Dan, beliau bersedia untuk memegang watak lasak sedemikian jika skrip yang baik diterimanya nanti.

Bagaimanapun, sebelum itu Maya ingin berehat seketika daripada lakonan bagi memberikan tumpuan kepada satu lagi cabang seni yang sama-sama menaikkan namanya sejak mula bertapak dalam industri ini. Tegasnya, kini tiba masanya untuk beliau kembali memfokuskan perjalanan kerjayanya terhadap bidang muzik, sesuai dengan kelahiran album terbaru berjudul Teka-Teki.

Tags: , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. EXO Bakal Muncul Dalam Program Realiti
  2. Pelajar maut nahas dalam kampus UITM Shah Alam
  3. Boy baru fazura
  4. Photos Kissing Leylarey Lesesne
  5. Adi Putra Saya Tidak Marah Pada Orang Yang Sebar Gambar Separa Bogel
  6. PADAH WANITA HINA POLIS
  7. Pelajar sedang “khayal” jadi mangsa rogol jiran
  8. Perompak Bagi Pilihan Nak Rogol Ibu Atau Anak
  9. Hairi (Anak Wayang) Belajar Al-Quran Sebelum Jadi Suami
  10. Zahiril Adzim Beri Penjelasan Terpaksa Solat Di Parkir PWTC

Comments are closed.