Home > Foto Artis > Luna takut darah

Luna takut darah

 Luna Maya mengakui dia sangat gembira terbabit dalam penggambaran filem seram ganas Killers walaupun terpaksa berdepan dengan pengalaman baru.

Kata selebriti kontroversi itu, Killers memberi peluang kepadanya memegang watak Dina Aditya isteri seorang wartawan Bayu Aditya (lakonan Oka Antara) yang terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya membongkar skandal seorang ahli politik.


Kesungguhan Bayu menyebabkan hubungannya dengan Dina renggang.

Killers adalah filem usaha sama antara Indonesia dan Jepun dan diarah bersama Kimo Stamboel serta Timo Tjahjanto.


Ia turut dibintangi aktor Jepun, Kazuki Kitamura.


Dalam satu babak daripada filem yang sarat dengan adegan ngeri dan pembunuhan itu, Luna menceritakan dia perlu berbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.

Kata Luna, dia tidak keberatan melakonkan adegan sebegitu.


“Cuma kadang-kadang saya berasa geli,” katanya. “Saya amat berpuas hati dengan lakonan dalam Killers,” katanya. Katanya, tayangan perdana filem itu di Festival Filem Sundance 2014 Utah, AS mendapat sambutan hangat daripada penonton. – Agensi

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Pelajar sedang “khayal” jadi mangsa rogol jiran
  2. Nedim menafikan desas-desus kawin nora danish
  3. luna shabrina
  4. Keluarga hampir maut
  5. Almy Nadia Selamat Bergelar Isteri Fizz Fairuz Dengan Sekali Lafaz
  6. 10 Klub Sepak Bola Terkaya Dunia 2013
  7. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak Geng 36?
  8. Amy Search Sumbang Buku Kepada Perpustakaan Kampung Bukit Mat Inson
  9. Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan
  10. Raline Shah

Comments are closed.