Home > Foto Artis > Lari dari set penggambaran?

Lari dari set penggambaran?

“SAYA tidak diberi sebarang kontrak, bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan penggambaran, lebih-lebih lagi ia dilakukan di luar (Indonesia).

Jika sesuatu terjadi kepada saya, siapa yang akan bertanggungjawab,” jelas Eina Azman berhubung dakwaan yang mengatakan dia meninggalkan set penggambaran.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, berkata, selain itu tindakannya meninggalkan lokasi penggambaran sebuah filem usaha sama Malaysia-Indonesia berjudul Kuntilanak Ciliwung adalah berikutan turut disuruh melakonkan beberapa babak ranjang dan aksi panas untuk filem tersebut.

“Bukan sahaja tidak diberi kontrak, malah mereka minta saya lakukan aksi panas di atas katil dan saya tidak mahu melakukannya,” katanya.

Belajar daripada kesilapan lalu, Eina bagaimanapun tidak mahu tergesa-gesa memberikan kenyataan penuh dan akan mengadakan sebuah sidang media bagi menjelaskan keadaan tersebut, sekali gus membersihkan namanya.

Menurutnya, dia juga akan melantik pelakon sebagai Usop Wilcha atau Shy8 sebagai perunding bagi membantunya menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya belajar dari kesilapan dulu, saya tak mahu nanti tersalah cakap, saya balik yang akan dipersalahkan. Jadi saya serahkan kepada abang Usop dan semuanya akan dijelaskan dalam satu sidang media dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Usop Wilcha atau nama sebenar Syed Mohamad Asri Syed Osman berkata, dia bersetuju untuk membantu Eina selepas pelakon muda itu menceritakan situasi sebenar sewaktu mereka mengadakan promosi filem Zombi Kilang Biskut di Johor Bahru pada minggu lalu.

“Kami sebenarnya tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana mahu menjaga baik hubungan dua hala. Kalau Eina dakwa dirinya dianiaya, dia mesti tampilkan bukti-bukti. Begitu juga dengan pihak di sebelah sana.

“Saya akan aturkan satu sidang media dan kami bersedia bersemuka dengan penerbit filem itu untuk menyelesaikan isu ini”, kata Usop yang kini menguruskan syarikat khidmat perunding artis dibawa syarikat miliknya HD SLR Media yang baru dibuka sejak dua bulan lalu.

Usop turut menegaskan, Eina tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang penggambaran Zombi Kampung Pisang awal tahun lalu.

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Nadiya Nisaa Jadi Budak Sekolah Balik
  2. Luna takut darah
  3. Gosip Bakal Cerai Buat Vanidah Bengang
  4. Beego Adakan Majlis Cukur Jambul Di Hari Raya
  5. Tidak Mungkin Elaine Daly Cintakan Hans Isaac
  6. Cara pemuzik ‘cari makan’
  7. Hantu KFC Muncul
  8. Adele terima pujian lagi
  9. Pandanglah bakat saya
  10. Tiz Zaqyah Dedah Ada Menerima Komen Berbaur Lucah Di Instagram

Comments are closed.