Home > Foto Artis > Kurang eksperentasi selamatkan karpet mereah Anugerah Meletop Era

Kurang eksperentasi selamatkan karpet mereah Anugerah Meletop Era

imageResize

KUALA LUMPUR: Pertama kali dianjurkan Anugerah Meletop Era nampaknya berjaya memberi impaknya tersendiri terutama di laluan permaidani merah anugerah berkenaan.
Dengan menggunakan tema Asalkan Meletop, tema berkenaan nampaknya berjaya memberi kemudahan kepada selebriti tanah air untuk melaram untuk hadir ke majlis itu.
Apa yang pasti, kurangnya fesyen eksperimentasi yang selalunya dapat dilihat dalam kebanyakan majlis anugerah.
 photo meletopera1_zps0d6dce65.jpg
Rozita Che Wan dan Zain telah berjaya menambat perhatian puluhan lenda kamera ketika melalui permaidani merah dengan persalinan ala pasangan Inggeris dengan persalinan rekaan Qudyn dan Taufik Tailor.
 photo meletopera4_zpsc74a7da1.jpg
Pelakon sensasi Nabila Huda yang menggayakan persalinan Alia Bastamam bagaimanapun tampil agak berbeza dan lebih sopan dengan gaun kembang bak tuan puteri. Memang lain daripada yang lain.
 photo meletopera2_zps4efc4c00.jpg
Antara selebriti yang tampil cukup bergaya di permaidani merah iaitu Cha Cha Maembong, Iz Sulaini, Siti Saleha, Zizan Razak dan ramai lagi.
Bagaimanapun ada beberapa artis yang tampil dengan gaya cukup kasual dan bersahaja seperti Tasha Shilla yang jauh daripada kebiasaan pelakon wanita berkenaan apabila hadir ke majlis anugerah.
 photo meletopera3_zps629af9d8.jpg
Seperti yang dijanjikan di program Johara Pagi Era, pelawak popular Amir Raja Lawak telah hadir dengan gaya rambut terbarunya yang ditaja khas oleh Joe’s Barbers. Dia hadir bersama sidekick iaitu deejay radio Era FM, Ray yang masing-masing tampil bersama persalinan rekaan Farel Mikhail.
Sementara itu Zizan Razak telah dipilih oleh para peminatnya sebagai pemenang bagi kategori Anugerah Fesyen Meletop Era mengetepikan saingan sengitnya iaitu Fazura, Shila Amzah dan Nora Danish.-MURAI

Tags: , , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Popular Babe Zahra Jasmine 3
  2. Misha Omar Selamat Nikah
  3. Farah Quin Punya Blog Juga…
  4. VIDEO : Seorang Pelajar Sekolah Dalam Kandang Harimau Putih Sebelum Maut Diserang.
  5. Syahrini New Pictures
  6. Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang
  7. Wafa Abdul Kadir Bertarung Nyawa Jalani Pembedahan
  8. Bohongi Menu Halal, McDonald’s AS Digugat Rp 6,7 Miliar
  9. Colourful in Golden Globe
  10. Anna Dearhart Popular Magazine Star

Comments are closed.