Home > Foto Artis > Kerana Langgar Kontrak, Zizan Razak Disaman

Kerana Langgar Kontrak, Zizan Razak Disaman

Artis Meletop

Kerana Langgar Kontrak, Zizan Razak Disaman


Zizan Razak

Rakan kongsi dan bekas pengurus peribadi pelakon popular Zizan Razak iaitu Marina Juki telah memfailkan saman terhadap selebriti berkenaan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Bin Ab Razak atau Zizan Razak kerana didakwa melanggari kontrak yang ditandatangi bersama syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd (Wire Fame).

Saman itu telah difailkan oleh Marina Juki sendiri pada 6 November lalu kerana tindakan Zizan Razak yang melanggari kontrak yang telah ditandatangi antara Wire Fame, Marina Juki dan juga Zizan Razak sendiri.

Wire Fame dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini sebentar tadi berkata, kontrak selama 4 tahun tersebut sepatutnya berakhir pada 2 Mei 2015, namun begitu pihak pihak Zizan Razak telah mengikat kontrak bersama syarikat pengurusan lain pada Mei tahun ini.

Tindakan Zizan Razak itu telah menyebabkan satu perlanggaran kontrak dan menyebabkan pihak Wire Fame dan Marina Juki mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap pelakon berkenaan.

Sebelum ini iaitu pada 23 Julai lalu, pihak Wire Fame, Marina Juki dan Zizan Razak telah bertemu untuk suatu pertemuan tanpa prejudis untuk membincangkan antara lain mengenai hal pelanggaran kontrak tersebut.

Susulan daripada tindakan itu, pihak Wire Fame dan Marina Juki telah menuntut antara lain ganti rugi bagi pelanggaran tersebut, kos dan lain-lain relif yang dianggap munasabah oleh pihak mahkamah.

Tags: , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Anne Curtis mahu lupa kisah pergaduhan
  2. Gosip Bakal Cerai Buat Vanidah Bengang
  3. Rahma Azhari Photo Collection
  4. Search darah daging Amy
  5. Didakwa Berbaju Ketat, Nora Danish Terima Komen Lucah
  6. Chantal Della Concetta
  7. Jgn tunjuk pandai
  8. Lari dari set penggambaran?
  9. Raja Azmi Fail Cerai Selepas Setahun Kahwin
  10. Aishah Ilias Tidak Takut Kontroversi

Comments are closed.