Home > Foto Artis > Kemenangan luar biasa Lorde

Kemenangan luar biasa Lorde

LORDE barangkali tidak popular seperti penyanyi Katy Perry atau Miley Cyrus. Juga, cukup asing bagi peminat-peminat di Malaysia.

Namun, sejak lagunya Royals meraih anugerah Grammy 2014, nama penyanyi berasal dari New Zealand itu meledak naik. Apatah lagi dia berjaya mengalahkan Katy Perry yang telah 11 kali dicalonkan dalam anugerah Grammy sejak tahun 2009.
Tahun ini, Katy Perry sekali lagi dicalonkan untuk dua kategori iaitu Persembahan Solo Pop Terbaik dan Lagu Terbaik Sepanjang Tahun menerusi lagu Roar.
Tetapi, kedua-dua kategori tersebut dimenangi Lorde, pendatang baharu yang sudah mampu mengukir prestasi luar biasa pada usia yang masih 17 tahun!
Lorde bukan sahaja berjaya mengetepikan Katy Perry tetapi juga nama-nama besar lain seperti Bruno Mars, Justin Timberlake dan Sara Bareilles.
Menyedari lawannya semua nama-nama besar, Lorde seperti tidak percaya dengan kemenangan yang diperolehnya itu.
“Kemenangan ini merupakan satu perkara yang paling tidak terduga,” ucapnya selepas diumumkan sebagai pemenang pada anugerah Grammy 2014 yang berlangsung pada 26 Januari lalu.
“Terima kasih pada semua yang menyukai lagu Royals dan membuat lagu ini popular,” tambahnya lagi.
Pemilik nama penuh Ella Maria Lani Yelich-O’Connor itu juga menerima empat pencalonan dalam Grammy tetapi meraih dua kemenangan untuk Persembahan Solo Pop Terbaik dan Lagu Terbaik Sepanjang Tahun menerusi lagu Royals.
Sebaliknya dua pencalonan lain Lorde iaitu Rakaman Terbaik Sepanjang Tahun dan Album Sepanjang Tahun diraih oleh Daft Punk yang membawa pulang lima anugerah Grammy.
Tidak menyerah
Menyentuh mengenai lagu Royals, ia merupakan single pertama Lorde menerusi album mini sulungnya, The Love Club, yang dihasilkan pada bulan November 2012.
Tuah lagu Royals, apabila ia berjaya menduduki nombor satu di carta 40, New Zealand. Bahkan, berjaya mencapai nombor satu di carta Billboard Hot 100 pada tahun 2013. Ia sekali gus menjadikan Lorde penyanyi solo pertama New Zealand yang berada di puncak tangga carta Amerika Syarikat itu.
Dia mungkin masih remaja, namun Lorde percaya bahawa dia seorang yang berdikari. Buktinya, kata Lorde, walaupun cepat naik, dia tidak akan menyerah kepada tekanan populariti.
“Saya tidak akan bertindak aneh seperti Britney atau melakukan sesuatu seperti Amy, kerana saya dibesarkan dalam keadaan normal. Saya tidak boleh minum minuman keras pada usia sekarang dan tidak fikir jika saya mahukannya sehingga dewasa kelak,” tegasnya.
Dia menambah: “Enam bulan lalu, tiada seorang pun yang mengenali diri saya. Tetapi sekarang semua orang mengejar saya. Walaupun situasi sudah berubah, saya tidak akan berubah atau membiarkan populariti mengubah diri saya yang sebenarnya.”
KISAH peribadi Lorde kini juga mula menjadi tumpuan.




Ibu bapa
Sukses seorang anak itu juga adalah berkat sokongan ibu bapa. Hal itu juga berlaku kepada Lorde. Selepas memenangi dua kategori dalam anugerah Grammy 2014, ibunya, Sonja Yelich yang tinggal di New Zealand sangat terkejut.
“Sebagai ibu, saat saya duduk dan menonton kejadian itu (kemenangan Lorde) di kaca TV, saya amat terkejut. Saya juga sangat bangga dengan kejayaannya,” ucap Sonja dalam sebuah temu bual di radio New Zealand Morning.
Sementara ayah Lorde, Vic O’Connor juga tidak menyangka anak perempuannya itu mampu memenangi dua kategori besar itu dan Vic juga bangga dengan pencapaian Lorde.
Rasa gembira dan bangga itu juga dirasai oleh Sekolah Takapuna Grammar, sekolah Lorde sejak tahun 2010 sehingga sekarang.
Selepas Lorde memenangi anugerah Grammy itu, pihak sekolahnya telah memasang banting besar lengkap foto Lorde dengan tulisan ‘Tahniah’.
Kekasih
Lorde mempunyai kekasih berketurunan Cina bernama James Lowe.
Jejaka berusia 24 tahun itu telah menerima pelbagai kritikan orang ramai kerana usia dan bangsanya. Bagaimanapun, James masih setia dengan Lorde.
Baru-baru ini sahaja, James dilihat mengiringi teman wanitanya itu di Studios ABC di Sydney, Australia. Pasangan itu juga disertai oleh ibu Lorde, Sonja.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail, hubungan kedua-dua remaja itu bermula tahun lepas sebelum Lorde mencapai kemasyhuran melalui lagu Royals.
Dalam satu temu bual dengan Rolling Stone, Lorde mengkritik reaksi orang ramai terhadap hubungannya bersama James.
Katanya: “Kadang-kadang anda tidak percaya apa yang mampu dilakukan manusia. Itulah sebabnya saya agak terkejut bila hubungan kami menjadi satu isu besar. Pada saya, tiada siapa yang boleh mempersoalkan hubungan saya dengan James.”
Bahkan, ibu Lorde juga merestui hubungan anaknya itu.

“Saya tidak mengatakan, ‘Anda boleh menjalinkan hubungan dengan jejaka berusia 24 tahun’. Tetapi, bapanya dan saya sudah mengenali James dan kami menyukainya.
“Dia (Lorde) mungkin muda tetapi Lorde membuktikan dia mampu berfikir dengan logik dan betul,” katanya.


Tags: , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Marshanda Ingin Seperti Alicia Keys
  2. Kassim Masdo meninggal dunia
  3. Ella nak bertudung
  4. Sakinah, Aliff teruja untuk hidup bersama
  5. Anna Dearhart Popular Magazine Star
  6. Cara Merawat Lensa Kontak / Softlens
  7. Hampir 200 Kru MAS Berhenti Selepas Nahas
  8. Syafiq Kyle Saya Bukan Orang Ketiga
  9. Sham Kamikaze Kecewa Dendam Bekas Isteri
  10. EXO Bakal Muncul Dalam Program Realiti

Comments are closed.