Home > Foto Artis > Kassim Masdo meninggal dunia

Kassim Masdo meninggal dunia

 Komposer zaman filem-filem Shaw Brothers iaitu Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada Selasa di Singapura.
Cucu Allahyarham Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma.
Bagaimanapun katanya, pada malam Selasa keadaannya semakin kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.
“Atuk tidak pernah menunjukkan ciri-ciri dia mempunyai penyakit sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu. Keadaannya semakin lemah sehinggalah kami dikejutkan dengan pemergiannya,” kata Muhammad Kazhendra.
Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat cicit.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Pada tahun 1968, ketika Shaw Brothers ditutup, beliau menjadi komposer untuk syarikat rakaman EMI dan berjaya menerbitkan kira-kira 60 buah album.
Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman.
Jenazah dijadual akan dikebumikan di Singapura sebelum solat Zuhur pada Rabu.

Tags: , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. fesyen baju yang nampak seksi
  2. Jennifer Bachdim with Yellow Swimsuit
  3. Terus kembang sayap
  4. Polis lumpuhkan makmal dadah bernilai RM3.8 juta.
  5. Kenny Babyface Puji Kelunakan Suara Dato` Siti
  6. Sharifah Sakinah Selamat Bertunang, Nikah Pada 28 Mac 2015
  7. Kasihan! Dihamili Hingga Melahirkan, Artis Ini Belum Juga Dinikahi
  8. SAMBUT BIRTHDAY TANPA SUAMI – ERRA FAZIRA KINI BERUSIA 40 TAHUN
  9. Zack Efron mengaku isap dadah dan baru pulih
  10. Beredar di Internet, Foto Mesra “Mayangsari-Bambang”

Comments are closed.