Home > Foto Artis > Jue Aziz Kahwin Senyap Di Indonesia?

Jue Aziz Kahwin Senyap Di Indonesia?

ARTIS MELETOP

Jue Aziz Kahwin Senyap Di Indonesia?

Sekitar September tahun lalu, ada khabar angin timbul mengatakan Jue Aziz telah berkahwin dengan seorang jejaka Turki kerana dilihat tampil bergambar dengan seorang bayi lelaki di akaun Instagram beliau — dan itu hanya sekadar khabar angin.

Seperti biasa, itu cerita lama. Terbaru kami ada menerima khabar yang mengatakan pelakon yang pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki sebelum ini telah pun bernikah dengan seorang jejaka seberang di Indonesia.

Sumber kami memberitahu yang Jue Aziz telah pun selamat bernikah sekitar awal Mac lalu dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang kerap membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Namun sumber kami yang lain pula berkata yang pasangan ini sudah selamat bernikah pada tarikh yang sama namun lokasinya masih tidak pasti sama ada di Indonesia atau Pulau Pinang.

Jika khabar yang kami terima ini benar belaka, tahniah kami ucapkan buat pasangan ini dan tidak perlu rasanya perkara baik untuk disorok dari pengetahuan ramai. Berikut beberapa gambar Jue Aziz bersama Bayu Daniels yang kami terima.

Tags: , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Populer Babe Shiro
  2. Model Baju Renang Muslim Terbaru 2013 Yang Ngetrend Di Eropa, Burkini
  3. Foto-Foto Asli Yang Dikira Rekayasa Photoshop
  4. Bila Zila Bakarin buka mulut
  5. Ibu Kecewa Anak Gadisnya Ditangkap Khalwat Dalam Kereta
  6. Faby Marcelia
  7. Heidi Klum Berpisah Dengan Pengawal Peribadi
  8. foto nikita mirzani
  9. Suki Teruja Nantikan Kelahiran Anak Sulung
  10. Pengarah Yakin ‘Suatu Malam Kubur Berasap 2′ Pecah Panggung

Comments are closed.