Home > Foto Artis > ingin jadi P.Ramlee

ingin jadi P.Ramlee

Perceraian pada 1 Julai 2010 dengan Nor Dalilah Muhammad, 32, tidak mematahkan semangatnya untuk terus bergelar anak seni. Aktor berkarakter, Zul Huzaimy Marzuki, 36, memang tenang dan pandai menjawab soalan media. Hampir empat tahun menduda, pasti ramai yang ingin tahu apa perkembangan terbaru dirinya. Hanya senyuman sahaja diberikan setiap kali diterjah soalan mengenai status dirinya. Ternyata, senyum dan keramahan itu dijadikan sebagai perisai bagi menutup gudang rahsianya.
Sebagai lelaki, Zul bijak untuk menutup pekung di dada. Baru-baru ini timbul kisah yang mengatakan dia sudah memiliki kekasih baru. Ditanya mengenai persoalan itu, ini jawapan yang diberikan Zul.
“Tak perlulah rasanya kita ceritakan perkara ini. Saya ada kekasih baru atau tidak, tidak perlu nak dihebahkan kepada orang lain. Lagi satu, mengenai kisah-kisah lama saya tidak perlu diungkitkan. Masing-masing sudah ada haluan sendiri,” rayu Zul sambil tersenyum.
Berserah kepada Allah tentang soal jodoh dan masa depannya, lelaki ini sudah bersedia untuk apa saja.
“Kalau ada jodoh, maka kahwinlah saya. Kalau tak ada, saya reda sahaja. Itu semua ketentuan Allah.
“Dalam hidup, kita dituntut mencari kehidupan lebih baik. Kesan daripada perceraian, ia membuatkan saya menjadi lebih matang, sedar bahawa hidup bukannya mudah, susah sebenarnya.
“Bila sudah terjadi perkara sebegini, masing-masing kena fikir apa hikmah disebalik kejadian,” tuturnya jujur.
Zul memberitahu, seboleh mungkin dia mahu membenamkan kisah kegagalan berumah tangga lalu daripada bacaan umum dan mengunci mulut dari terus bercakap mengenainya.
Mengarah telemovie tribute P.Ramlee
Sentiasa berdalih daripada persoalan dirinya, Zul yang ditemui ketika penggambaran telemovie Mengapa Ku Diseksa baru-baru ini, dia memberitahu sangat meminati Seniman Agong Tan Sri P. Ramlee.
Kalau boleh, dia ingin sekali menjadi P.Ramlee yang dikenali sebagai seorang yang serba boleh. Bukan sahaja sebagai pelakon, malah penyanyi dan komposer.
Tawaran mengarahkan telemovie sempena tribute kepada seniman agung negara itu, Zul memang tidak mahu melepaskan peluang. Harapannya memang besar untuk telemovie yang diterajui oleh dirinya sendiri bersama Linda Rafar dan Zul Handy Black.
“Sifat P. Ramlee memikat diri saya. Untuk telemovie ini sahaja, saya telah membuat penyelidikan selama enam bulan.
“Saya ingin sekali mendekatkan diri saya kepada P. Ramlee, tidak mahu sedikit pun cerita mengenainya tertinggal. Setiap malam, sebelum tidur, saya akan buka dan tonton cerita yang diarah atau dilakonkan oleh P. Ramlee, berulang-ulang kali.
“Sungguh, cerita-cerita P. Ramlee memang menyentuh jiwa dan ada kalanya mencuitkan hati. Kalau tengok cerita-ceritanya, banyak pengajaran yang ada di sebalik itu,” ujarnya sekaligus menganggap seniman itu sebagai Bapa Filem Moden.
“Hebatnya cerita P. Ramlee tiada siapa yang tahu, lagi-lagi budak-budak zaman sekarang. Apa yang ditonton mereka tidak sama seperti perkembangan filem yang dicetuskan oleh P. Ramlee,” katanya.
Bercerita mengenai telemovie itu, ia mengisahkan persahabatan antara Budi (Zul Huzaimy) dan Indah (Linda Rafar) yang sama-sama meminati muzik.
Konflik berlaku apabila Budi yang sudah berkahwin dengan Indah mengalami kemalangan sehingga membuatkan Budi hilang separuh ingatan dan lumpuh anggota badan dari pinggang ke bawah.
Selepas beberapa bulan, keadaan Budi telah kembali pulih dan dia mampu menggubah lagu dengan dibantu oleh Ikhlas. Namun, kegembiraan Indah telah diluahkan kepada adik Budi, Ikhlas (Zul Handy Black).
Keadaan itu membuatkan Budi cemburu dan situasi semakin tegang sehingga banyak perkara berlaku.

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Datuk Khatijah terkilan isu keluarga diputar belit
  2. Annabelle: Misteri patung vintaj
  3. GADIS TERKANTOI DENGAN MAK SEDANG BERWEBCAM DENGAN KEKASIH (2 GAMBAR)
  4. Radhi (OAG) Tamatkan Zaman Duda April Depan
  5. Izreen Azminda Buat Penjelasan di ABPBH 2013
  6. Farah Quinn Hot Scene
  7. DR MAHATHIR : ORANG MELAYU SANGGUP BUNUH KERANA SYURGA ALLAH
  8. Cara Membuat Bulu Mata Panjang, Indah dan Tebal
  9. FESYEN TERKINI YANG MEMALUKAN DI CHINA (6 GAMBAR)
  10. Agnes Monica and MTV Europe Music Awards 2011

Comments are closed.