Home > Foto Artis > Hebat Bakar Bendera Israel Di Majlis Perkahwinan

Hebat Bakar Bendera Israel Di Majlis Perkahwinan

BLOG TAUHU SUMBAT

Hebat Bakar Bendera Israel Di Majlis Perkahwinan

JASIN – Sepasang pengantin mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.

Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya berkerjaya sebagai arkitek, bertindak melakukan perkara itu kerana amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Mohd Hilmi berkata, sebagai seorang Islam, secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Kami kesal dan berasa sedih apabila melihat kekejaman ini dan seluruh umat Islam perlu membantah sekeras-kerasnya mengeji tindakan Israel,” katanya.

<!– more –>
Norfadhilah berkata, biarpun sekadar tanda protes memijak bendera Israel namun, selayaknya Israel mendapat penghinaan.

“Selayaknya mereka dihina dan tidak sepatutnya menzalimi orang ternyata tidak bersalah,” katanya.

Pada majlis persandingan kira-kira jam 2 petang semalam, kedua-dua pasangan mempelai itu berarak memasuki halaman kediaman di Kampung Umbai sebelum memijak dan membakar bendera Israel.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman itu untuk dipijak hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis.

Tindakan memijak bendera sebagai simbolik menjelaskan Israel hanya layak diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan rasa marah terhadap kekejaman rejim terbabit. Sinarharian

SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT

Tags: , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Kenaikan OPR 3.25 Peratus Bebankan Rakyat
  2. Os langgar jer cakap doktor
  3. Engku Emran & Erra Fazira Sambut Hari Jadi Engku Aleesya Bersama-Sama
  4. Hanez Suraya Tuntut Isteri Kekasihnya Mohon Maaf
  5. Hero Ariana Rose tak lupa isteri
  6. Lagu Nyanyian T-Ara Ditonton 71,000 Pada Hari Pelancaran
  7. SAMPAI WAKTU MALAM ADA ORANG SANGGUP RAKAM GAMBAR KERETA KAK LONG CDM 25 YANG PARKIR DIRUMAH ORANG TUANYA DI FELDA LEPAR UTARA 8, BANDAR JENGKA, PAHANG.
  8. Najwa Latiff Dapat 4A Untuk SPM
  9. Fashion disaster siapa perlu dipersalahkan
  10. Galeri Foto Bebizie Terbaru dan Populer

Comments are closed.