Home > Foto Artis > Gaun Hitam Serlahkan Imej Ziana Zain

Gaun Hitam Serlahkan Imej Ziana Zain

ARTIS MELETOP

Gaun Hitam Serlahkan Imej Ziana Zain


Ziana tampil dengan gaun labuh dari rona hitam yang cukup menawan pada majlis sidang media konsertnya I Am Ziana.

KALAU bercerita bab kemantapan vokal penyanyi lagu Madah Berhelah ini tentunya hebat di atas pentas!

Biarpun sudah mencecah 46 tahun, tentunya Ziana Zain boleh ‘menjerit’ seperti dahulu sambil keningnya terangkat.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mungkin yang membezakan Ziana dulu dan sekarang ialah cita rasanya terhadap fesyen sejajar dengan perubahan masa dan trend terkini.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lihat sahaja gaun labuh daripada rona hitam rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan Ziana ketika majlis sidang media konsertnya I Am Ziana pada bulan lalu.

Wow! Fesyen sebegitu seperti dia hendak berjalan di atas karpet merah sedangkan ia untuk sebuah majlis sidang media sahaja.


Gaun labuh dari rona hitam menyerlahkan kejelitaan Ziana.

Gaun yang mengikut potongan badan tanpa sebarang butiran sarat cukup ringkas menyerlahkan keanggunan Ziana pada petang itu. Rizman Ruzaini adalah pereka gaun berkenaan.

Kami sempat berborak-borak dengan Ziana selepas sidang media itu dan dia memberitahu stailnya untuk ke majlis berkenaan diserahkan kepada Rizman Ruzaini. Pendek kata, Rizman sudah tahu bagaimana hendak menghasilkan satu imej santai dan elegan buat Ziana tanpa perlu berunding dengan penyanyi itu terlebih dahulu.

Sebab itulah orang kata, pereka fesyen dan artis harus ada karisma agar semua rekaan menepati kehendak kedua-dua belah pihak. Tak timbullah kemudian hari apabila pereka fesyen hasilkan pakaian, artis memakainya dengan wajah masam mencuka.

“Rizman Ruzaini sudah tahu selera saya dalam fesyen kerana paling penting sesuatu gaun itu perlu mempunyai ‘statement’ biarpun ia ringkas dan tidak keterlaluan.


Ziana serah pada Rizman Ruzaini untuk memilih rekaan yang sesuai untuknya.

“Seperti gaun hitam ini, penggunaan fabrik les dan potongan pada bahagian dada menyerlahkan kemewahannya tanpa butiran sarat,” jelasnya.

Tambah Ziana, dia hanya melihat gaun tersebut pada hari sidang media itu berlangsung dan gembira dengan hasilnya.

“Tidak mengecewakan dan sebab itu saya percaya dan serahkan kepada mereka untuk memilih apa yang terbaik untuk saya gayakan pada majlis istimewa ini,” ujarnya.

Tags: , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. [ Jenayah ] Kematian Model Sambilan Estonia Di Pulau Rawa Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh.
  2. Gosip Artis – Hubungan Siti dan Datuk K semakin romantik
  3. Pelajar maut nahas dalam kampus UITM Shah Alam
  4. Kantoi lepas pakai topi keledar sama tiap kali merompak
  5. Engku Emran & Erra Fazira Sambut Hari Jadi Engku Aleesya Bersama-Sama
  6. Fazura tak nak gaduh2
  7. Eina Azman Bakal Kahwin Jejaka Singh Hujung Tahun Ini
  8. Cara Tertib Beriftar
  9. Pija Mentor hamil empat bulan
  10. Dari Studio Mini Bersama Twinnies

Comments are closed.