Home > Foto Artis > Felexia yap dari playboy ker muslimah sejati

Felexia yap dari playboy ker muslimah sejati

BAGI yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam dunia media sosial pasti pernah terbaca atau mengetahui tentang Felixia Yeap.
Memang benar Felixia tiba-tiba meraih publisiti meluas, malah cerita tentang dirinya menjadi bualan hangat sejak beberapa minggu lalu.
Manakan tidak, gadis Tionghua bukan beragama Islam yang kerap memuat naik gambar-gambar seksi ini, tampil bukan saja berpakaian ‘penuh’ bahkan bertudung litup, menutupi setiap helai rambutnya.
Sebelum ini, mungkin satu pemandangan biasa bagi sesetengah wanita bukan Islam selesa berbaju kurung atau kebaya, Namun amat jarang atau belum pernah berlaku yang tampil berhijab penuh sebagaimana Felixia.
Wanita berusia 27 tahun ini boleh dikatakan mengalami perubahan gaya hidup hampir 360 darjah. Satu ketika dahulu dia adalah model majalah Playboy edisi Filipina yang tampil dengan pelbagai aksi seksi dan mengghairahkan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan perubahan dirinya kini mencetus fenomena dalam dunia fesyen khususnya busana Muslimah.
Mega baru-baru ini berkesempatan bertemu dan bertanya wanita berasal dari Ipoh, Perak ini, tentang perubahan pada dirinya yang sedikit mencetus kontroversi terutama dalam kalangan pengikut tegar media sosial sama ada blog, facebook, instagram dan sebagainya.
“Memang ramai yang mengatakan bahawa ini semua cara saya meraih publisiti. Tetapi biarlah Tuhan dan masa yang membuktikan bahawa saya ikhlas untuk berhijab.
“Semua publisiti yang timbul sama ada baik atau buruk hanyalah bonus yang tidak pernah saya duga sama sekali dan berharap mereka tidak memandang serong terhadap perubahan ini.
“Malah ramai yang menghantar mesej dan e-mel kepada saya berterima kasih kerana berani untuk berubah dan berhijab secara terbuka walaupun saya bukan Muslim.
“Mereka kata perubahan saya memberi inspirasi untuk mereka mulai berhijab, terutamanya yang lahirnya sudah Islam,” kata Felixia yang aktif di facebook dan blog.
Dia mengakui, pada awal penampilan dengan imej baru itu, pengikutnya di Facebook jatuh merudum kerana ramai yang dahulunya mengikuti perkembangan Felixia hanya untuk melihat gambar perempuan seksi semata-mata.
Keadaan itu, sudah diagak tetap yang tidak terduga olehnya peningkatan jumlah pengikut yang memberi sokongan kuat dan ikhlas untuk Felixia terus menutup aurat dan berhijab.
“Saya amat tersentuh dan gembira sokongan tersebut. Mereka juga telah menyedarkan saya bahawa bahawa setiap wanita berhak dihormati dan disayangi sebagai seorang insan, bukan kerana tubuh badan atau rupa parasnya,” ujar Felixia yang manis berbaju kurung merah jambu.
Saya tidak menafikan daripada riak wajahnya yang ayu dan tutur katanya yang sopan dan lemah lembut ada sesuatu yang pastinya istimewa tentang gadis ini.
Felixia membuktikan melalui hujah berhemah dengan susun bahasa Melayunya yang teratur sekali gus menunjukkan ada kesungguhan dengan perubahan positif yang dilalui.

Pencetus transformasi

Cerita tentang hijab Felixia, sebenarnya bermula secara tidak dirancang. Sejak dari zaman sekolah dia sudah meminati baju kurung, tetapi hanya mula jatuh cinta dengan pakaian tradisional masyarakat Melayu itu pada tahun lepas.
“Ketika itu, saya seperti biasa menghadiri sesi uji bakat untuk penggambaran iklan komersial sebuah syarikat telekomunikasi tempatan yang pada masa itu memerlukan model menyarungkan hijab.
“Itulah kali pertama dalam seumur hidup saya memakai hijab. Saya masih ingat lagi, terasa amat berbeza sekali apabila melihat ke dalam cermin dalam keadaan berhijab.
“Saya berasa suatu ketenangan yang tidak pernah saya rasai dengan pakaian lain. Saya juga merasakan sebenarnya menutup aurat itu lebih cantik, ayu dan anggun.
“Beberapa bulan kemudian, saya menerima kerja sebagai model catwalk (peragaan) untuk salah satu pertunjukkan fesyen sempena hari raya yang kebetulan memerlukan saya berhijab. Hati saya ketika itu melonjak gembira dan masa itulah saya sedar yang saya sebenarnya telah jatuh cinta dengan hijab.
“Pemilik butik yang menganjurkan pertunjukan fesyen itu pula dapat merasakan yang saya amat meminati hijab, dan terus menghadiahkan sehelai selendang koleksinya dan itulah selendang pertama saya,” ujarnya panjang lebar.
Sejak dari itu Felixia berjinak-jinak dan mencuba cara-cara memakai hijab tanpa tunjuk ajar atau bimbingan sesiapa. Dia juga memberanikan diri untuk membeli selendang secara online dan mencuba pelbagai jenis selendang.
Kali pertama dia menyarungkan hijab dan keluar dari rumah ialah untuk menghadiri kenduri perkahwinan kakak seorang rakan, dan bertemankan seorang rakan Muslimah yang juga telah berhijrah.
Selepas itu, Felixia tidak kekok lagi untuk berhijab dan keluar dari rumah walaupun dia bukan seorang Muslimah.
Felixia juga mengambil kira adab berhijab dan menutup aurat dengan betul, seperti berhijab melepasi dada dan memakai sarung lengan (handsocks) jika lengan pakaian singkat, selain memakai pakaian longgar dan labuh.
Felixia amat bertekad untuk meneruskan imej berhijab dan menutup `aurat’ seperti sekarang.
Bagaimanapun, buat masa ini cabaran paling susah baginya untuk dihadapi ialah persepsi orang ramai yang sesetengahnya memaki hamun hanya kerana dia seorang model Cina yang memakai hijab.
“Sebenarnya ramai yang masih tidak tahu dan tidak faham bahawa ketika ini saya masih terikat dengan kontrak sebagai duta sebuah produk dan memerlukan saya dalam imej seksi.

“Saya kini hanya menunggu berakhirnya tempoh kontrak itu dan berharap peminat-peminat saya akan lebih memahami dan bersabar. Ramai juga yang menyuruh dan memaksa saya membuang gambar-gambar sebagai model dahulu walaupun sudah banyak kali saya jelaskan sebab-sebab saya mahu menyimpannya dan mengekalkannya.
“Bagi saya gambar-gambar itulah bukti kejayaan saya sebagai model di peringkat antarabangsa dan menunjukkan perubahan saya menjadi sebuah cerita pengajaran yang baik buat semua.
“Tentang Islam pula, buat masa ini saya lebih selesa untuk belajar perlahan-lahan dan satu-persatu dari kawan-kawan yang beragama Islam. Apabila sudah betul-betul sedia untuk kelas formal, saya akan mendaftarkan diri,” ujar Felixia penuh optimis.
Bagi Felixia dia hanya mahukan kegembiraan yang sebenar, ketenangan dari dalam dan tidak mahu lagi digelar ikon seks atau bergelumang dengan orang-orang yang berpura-pura, materialistik, dan gila glamor, yang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Dia juga mengakui serik bertemukan lelaki yang hanya inginkan dirinya sebagai trophy girlfriend dan tidak ikhlas untuk memperisterikannya.
“Saya rasa lebih tenang dan gembira sekarang, walaupun hanya hidup secara bersederhana dan low-profile. Saya berdoa untuk dapat terus berhijab dalam semua bidang yang saya ceburi mulai tahun ini, biar di bidang peragaan, lakonan, nyanyian mahupu pengacaraan.
“Saya juga berharap untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui kursus seperti memasak, menjahit dan sebagainya di samping melebihkan aktiviti-aktiviti kebajikan,” ujarnya menutup bicara.
Felixia amat suka melihat lelaki yang memakai baju Melayu, kerana nampak lebih segak.

Tags: , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Hidup baru audil
  2. Hanung, Harap Filem Soekarno Ubah Persepsi Rakyat Malaysia
  3. Baby Bump Scha Al Yahya
  4. Lepas Isu Seksi, Gambar Kayda Bercium Tersebar Pula Di Media
  5. PERDANA MENTERI UKRAINE LETAK JAWATAN
  6. Gambar-gambar cute Nora Danish dan anaknya
  7. Bintang Ceria Popstar 2 Duet Bersama Cikgu Malam Ini!
  8. Ibu Kecewa Anak Gadisnya Ditangkap Khalwat Dalam Kereta
  9. Wanita pakai maskara yang dicuri dari lokasi MH17 terhempas dikecam
  10. Gadisa Queen 5 (2)

Comments are closed.