Home > Foto Artis > Fazura tolak lamaran

Fazura tolak lamaran

Nur Fazura Sharifuddin dilamar mengacara program bercorak kewanitaan, Nona, bagi musim akan

datang. 

Pastinya berita yang tersiar itu memberi kejutan kepada banyak pihak, apatah lagi tawaran berkenaan dibuat bagi menggantikan pengacara sedia ada iaitu Neelofa. 
Bagaimanapun, sehingga artikel itu disiarkan, Nur Fazura atau lebih akrab disapa Faz belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kesahihan berita berkenaan. 



Kelmarin, HIP mendapatkan kenyataan pelakon filem Gol & Gincu itu berhubung perkara terbabit. 

Menerusi mesej yang dikirimkan, aktres jelita itu mengaku ada menerima tawaran daripada pihak produksi program popular yang mula menemui penonton negara ini sejak Ogos 1985 itu. 

“Memang Faz ada terima tawaran daripada Penerbit Eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, yang mahukan Faz menjadi pengacara Nona. Terus-terang, Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu. 

“Bagaimanapun, Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal,” katanya yang kini masih bercuti di Amerika Syarikat. 
Belum rezeki Faz 

Bagaimanapun, Fazura tidak menolak untuk mengacarakan program itu pada masa akan datang. 

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Hairi Safwan Sah Jadi Suami Dengan Sekali Lafaz
  2. Air Mata Yusof Haslam Di Konsert ‘Teaterikal Suara Kita’
  3. Gosip Artis – Hubungan Siti dan Datuk K semakin romantik
  4. Citibank Memang Arogan
  5. Gambar-gambar cute Nora Danish dan anaknya
  6. Perompak Bagi Pilihan Nak Rogol Ibu Atau Anak
  7. Nuha #AF2014 Kurang Keyakinan Jadi Penyanyi
  8. Erin Malek & Kekasih Bakal Bertunang 21 Jun Ini
  9. Pengasas Facebook Paling Pemurah
  10. LAKNATULLAH RAKYAT ISRAEL LIHAT GAZA DIBOM BAGAIKAN PESTA

Comments are closed.