Home > Foto Artis > Faizal Tahir dah Insaf

Faizal Tahir dah Insaf

Tidak terungkap dengan kata-kata. Jiwa bergejolak meronta mahu menghulur bantuan, simpati akan anak-anak yatim yang memerlukan belaian kasih sayang. Hidup serba kedaifan adalah pemandangan biasa masyarakat di sana. Faizal Tahir menginsafi segala pengalaman yang dilaluisepanjang enam hari di Kem Pelarian Palestin di Lubnan. Kesyukuran dilantik sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin membebaskan dirinya dari belenggu kehidupan selama ini.

“Jika dulu saya selalu merungut dengan masalah yang menimpa, namun sekarang melihat kedaifan dan kesengsaraan hidup mereka dengan mata sendiri, baru saya sedar dugaan saya hanyalah sedikit. Tak dapat dibandingkan dengan mereka. Mereka yang susah untuk bersyukur sepatutnya dihantar ke sana untuk belajar erti penderitaan yang sebenar.

“Bayangkan kem pelarian yang disediakan untuk didiami 5000 ribu orang terpaksa dikongsi dengan lebih 20,000 pelarian. Sangat daif keadaan di sana,saluran air tak teratur, sistem pendawaian yang bersepah dan boleh dikatakan setiap tahun pasti akan ada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat litar pintas yang berlaku

Tidak terungkap dengan kata-kata. Jiwa bergejolak meronta mahu menghulur bantuan, simpati akan anak-anak yatim yang memerlukan belaian kasih sayang. Hidup serba kedaifan adalah pemandangan biasa masyarakat di sana. Faizal Tahir menginsafi segala pengalaman yang dilaluisepanjang enam hari di Kem Pelarian Palestin di Lubnan. Kesyukuran dilantik sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin membebaskan dirinya dari belenggu kehidupan selama ini.

“Jika dulu saya selalu merungut dengan masalah yang menimpa, namun sekarang melihat kedaifan dan kesengsaraan hidup mereka dengan mata sendiri, baru saya sedar dugaan saya hanyalah sedikit. Tak dapat dibandingkan dengan mereka. Mereka yang susah untuk bersyukur sepatutnya dihantar ke sana untuk belajar erti penderitaan yang sebenar.

“Bayangkan kem pelarian yang disediakan untuk didiami 5000 ribu orang terpaksa dikongsi dengan lebih 20,000 pelarian. Sangat daif keadaan di sana,saluran air tak teratur, sistem pendawaian yang bersepah dan boleh dikatakan setiap tahun pasti akan ada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat litar pintas yang berlaku.

“Entah bagaimana saya mahu gambarkan, anda harus melihat sendiri kehidupan disana. Itulah tempat makan, tidur dan tandas mereka. Menjadi pelarian harus belajar untuk survive. Rakyat Palestin terdiri daripada lepasan universiti dan ada di antaranya bekas doktor dan jurutera, namun mereka tidak dibenarkan bekerja. Harapan mereka hanya satu, ingin kembali ke Palestin.

“Saya ke sana bukanlah sekadar ingin berkongsi pengalaman namun saya sangat berharap masyarakat boleh buka mata dan hati, ada sesuatu di luar sana yang memerlukan perhatian. Saya berani beri jaminan segala bentuk bantuan anda akan sampai kepada penerima yang sepatutnya.

“Kalau boleh saya mahu syahid di sana. Saya mahu ke Palestin sendiri melihat keadaan mereka. Saya seronok apabila kami dikepung askar di kawasan perkuburan kerana dapat merasai sendiri bagaimana perasaan mereka disana.

“Bangga dipilih dan bertanggungjawab sebarkan mesej untuk orang ramai. Saya sarankan semua bersama-sama membantu. Paling kurang pun anda boleh menaja seorang anak yatim dan menyumbangkan RM170 setiap bulan untuk membantu kehidupan mereka di sana.” tambahnya yang dianggap sebagai perempuan di sana kerana berambut panjang.

Perjalanan Faizal Tahir menjengah kem-kem pelarian Palestin di Lubnan akan bersiaran bagi episod khas Bersamamu : Bebaskan Bumi Palestin pada 25 Ogos, 1 dan 8 September pada jam 9.30 malam

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Sinopsis dan Pemeran Kinara Global TV 100% Seru
  2. BENTUK ASET WANITA YANG SOSIAL TERLAMPAU
  3. Polis Jejak Lelaki Pijak Kepala Lelaki Ini – Ketua Polis Negara
  4. Gosip Artis Terkini – Pelakon Ayu Raudah bakal lahir bayi lelaki
  5. Gambar Perkahwinan Kim & Kanye
  6. Chantal Della Concetta
  7. Syahrini Photo Pictures
  8. yuki kato
  9. Majlis resepsi Misha Omar meriah
  10. Popular Babe Zahra Jasmine 3

Comments are closed.