Home > Foto Artis > Ella nak bertudung

Ella nak bertudung

RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak

mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga.

Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian.

“Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang.

Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.

“Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,” katanya yang dipetik dari portal Gua.

Meskipun sering dihimpit soalan berhubung cahaya mata, Ella akui tidak tertekan.

“Tidak dinafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.

“InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak,” katanya.

Malah Ella terfikir untuk mengikut jejak rakan artis, Umie Aida dan Misha Omar yang mengambil anak angkat.

“Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan artis macam seronok saja ada anak angkat.

“Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” katanya.

Tags: ,



Artikel Yang Lain:


  1. Ujibakat AF2014 Di Kuala Lumpur & Sabah Meriah!
  2. Baby Bump Scha Al Yahya
  3. ‘Ceria Popstar’ Tampilkan Artis Popular Tarik Perhatian Penonton
  4. Julia Perez New Photo
  5. Sheila Marcia Naughty Pics
  6. Faizal Tahir dah Insaf
  7. DR MAHATHIR : ORANG MELAYU SANGGUP BUNUH KERANA SYURGA ALLAH
  8. Manohara Clubbing Pictures
  9. HARGA ROKOK NAIK PADA 05 NOVEMBER 2014 (SENARAI HARGA ROKOK 2014)
  10. Bila Zila Bakarin buka mulut

Comments are closed.