Home > Foto Artis > Dato AC’ Mizal Bakal Duet Dengan Luna Maya Dalam Single Baru?

Dato AC’ Mizal Bakal Duet Dengan Luna Maya Dalam Single Baru?

ARTIS MELETOP

Dato AC’ Mizal Bakal Duet Dengan Luna Maya Dalam Single Baru?

Rasa ARTISMELETOP ramai yang dah tahu bahawa Dato’ AC Mizal kini sudah pun bernaung sebagai artis Sony Music Malaysia.

Perkara tersebut pernah dinyatakan sendiri oleh Dato’ AC Mizal dalam posting twitternya tidak berapa lama dulu dan susulan daripada itu, ARTISMELETOP dengar Dato’ Ac Mizal bakal muncul dengan single barunya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mesti ada yang tertanya-tanya apakah Dato’ AC Mizal akan menyanyi secara solo dalam single barunya itu atau masih lagi meneruskan kolaborasinya bersama penyanyi-penyanyi lain?

Apa yang ARTISMELETOP diberitahu Dato’ AC Mizal akan terus berganding dengan penyanyi-penyanyi lain kerana fokusnya lebih kepada rapping dan dia lebih gemar begitu.

Okey, sebelum ni Dato’ Ac Mizal pernah berganding dengan Rafidah Ibrahim dan Stella Band menerusi lagu Apa Kono Eh Jang 2012 dan kemudian dia berkolaborasi pula dengan Mawi menerusi lagu Al-Haq… Yang Satu.

Menerusi single baru Dato’ AC Mizal bersama Sony Music Malaysia, ARTISMELETOP dapat tahu Pengacara Lelaki TV Popular ABPBH2013 ini akan menampilkan si jelitawan dari Indonesia, Luna Maya sebagai penyanyi gandingannya. Menarikkan…

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

ARTISMELETOP sendiri pun teruja bila dapat tahu tentang projek baru Dato’ Ac Mizal ini, malah tak sabar-sabar nak dengar hasil kolaborasi mereka bersama. Mesti mantap!

ARTISMELETOP: Tahniah pada Ben, Zain dan Arif yang bejaya melangkah ke final Kilauan Emas 4.

Tags: , , , , , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Kemunculan Semula EXO Januari Depan
  2. Zaskia Shinta Goyang Itik
  3. Wak Doyok Kurang Fasih Berbahasa Inggeris?
  4. Sheera Iskandar sudah bertudung
  5. Marion Counter angkara org ketiga
  6. Bintang Ceria Popstar 2 Duet Bersama Cikgu Malam Ini!
  7. Artikel Dakwa Bumi Gelap Tiga Hari Adalah Palsu – ANGKASA
  8. luna maya luna maya
  9. Usop, Saya tak pernah lempar baju
  10. Taruhan baharu Will Smith

Comments are closed.