Home > Foto Artis > Cinta lokasi Fattah-Sherry?

Cinta lokasi Fattah-Sherry?

ARTIS MELETOP

Cinta lokasi Fattah-Sherry?

“YA, kami sedang berkawan rapat. “Saya selesa berkawan dengannya dan kini kami dalam proses saling mengenali hati budi di antara satu sama lain,” akui pendatang baharu, Fattah Amin ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan aktres cantik, Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim.

Mengulas lanjut, Hero Remaja 2012 itu memberitahu, dia mengenali aktres itu selepas bersama-sama membintangi telenovela, Cinta Ibadah.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kami kenal sejak tiga bulan lalu, iaitu ketika sedang menjalani penggambaran telenovela tersebut. Dia tidak sombong dan tidak kedekut ilmu serta senang hendak bawa bersembang. Itu yang membuatkan saya suka berkawan dengannya. “Hubungan itu akhirnya terjebak hingga ke luar lokasi. Kami ada juga keluar melepak bersama-sama tetapi turut dihadiri dengan kawan-kawan.

“Biasanya, ketika di lokasi penggambaran, saya seorang yang gemar membawa diri sebab itu saya jarang rapat dengan pelakon lain tidak kiralah sama ada pelakon wanita atau lelaki.

“Oleh sebab itu, dalam tempoh dua tahun saya dalam bidang ini, saya tidak punya kenalan yang betul-betul rapat dalam industri,” katanya pada Zass.

Begitu pun, aktor Playboy Itu Suami Aku ini menafikan yang mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

“Kami hanya rapat sebagai kawan. Dalam masa terdekat ini, fokus saya adalah pada soal karier. “Lagi pun, saya baharu saja mahu membina nama dalam industri ini,” tegasnya yang berhasrat membuka pusat gimnasium bersama rakannya, tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pelakon berusia 24 tahun ini tidak menolak sekiranya jodohnya adalah wanita yang lebih berusia daripadanya.

“Saya tiada masalah dengan perkara itu. Kalau itu sudah jodoh saya, saya menerima seadanya. Apa yang penting hati budi dan bukannya umur,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fattah bakal muncul telenovela, Cinta Ibadah bergandingan dengan Aishah Ilias, Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah dan Sharolnizam serta bakal ditayangkan di saluran Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135), Ria Plus dan Astro On The Go mulai 8 September lalu.

Pada masa sama, Fattah turut menerima tawaran membintangi dua telefilem daripada produksi di Indonesia selain bakal terlibat menjalani penggambaran filem
terbitan Skop Production, tidak lama lagi.

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Queen 5 – Widuri Tasha Ayu Disky Gadisa (3)
  2. Gosip Artis – Ifa Raziah Masuk Hospital
  3. Fashion disaster siapa perlu dipersalahkan
  4. Jangan ganggu kebahagiaan Nora Danish
  5. Penulis Blog Hina Agong Didenda RM10,000
  6. Perompak Bagi Pilihan Nak Rogol Ibu Atau Anak
  7. 14 cedera terkena bom
  8. Beredar Foto Mesra Mirip Mayangsari di Internet
  9. 8 Bentuk Wajah Wanita dan Sifatnya
  10. Puteri Sarah tunda resepsi

Comments are closed.