Home > Foto Artis > Chacha Maembong percaya pada bakat

Chacha Maembong percaya pada bakat

Pelakon Chacha Maembong percaya gosip dan cerita kontroversi tidak akan membawa karier lakonannya ke tahap lebih tinggi.
Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, populariti akan datang dengan sendiri jika dia bekerja keras dalam memberikan produk terbaik kepada peminat.
“Tiada gosip atau kontroversi bukan ukur pelakon itu tidak berbakat dan ia bukan pengukur untuk meletakkan tahap seseorang artis itu.
“Saya tidak percaya bahawa gosip mampu membawa tahap karier artis ke tahap lebih tinggi sebaliknya kerja keras adalah kunci utama,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Chacha, peminat hari ini juga semakin bijak untuk menilai seseorang artis itu berdasarkan bakat atau pun populariti.
“Bagi saya peminat tidak akan sedar kehadiran saya sebagai pelakon jika lakonan yang diberikan tidak meninggalkan kesan,” katanya.
Bagaimanapun, Chacha berkata, dia bukan menidakkan kepentingan publisiti buat golongan selebriti sebaliknya mahu cuba berjaya atas bakat dan bukannya populariti.
Sementara itu, mengulas mengenai pencalonannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) menerusi kategori Artis Wanita Baru Popular, Chacha berkata, dia tidak menyangka terpilih dan ia bukti bakatnya semakin mendapat perhatian peminat.

“Saya percaya bukan hanya populariti yang melayakkan saya berada dalam senarai itu tetapi juga kerana peminat mula memberikan perhatian kepada bakat saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chacha berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri terbitan Skop Production berjudul Cinta Dari Marikh dan drama Yes Bos!

Tags: , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Jessica Simpson kembali langsing
  2. SAMPAI WAKTU MALAM ADA ORANG SANGGUP RAKAM GAMBAR KERETA KAK LONG CDM 25 YANG PARKIR DIRUMAH ORANG TUANYA DI FELDA LEPAR UTARA 8, BANDAR JENGKA, PAHANG.
  3. Lafaz Maaf Lebih Afdal Berbanding Kosong Kosong
  4. Sabhi Saddi dapat anak kedua
  5. Didakwa Berkahwin Secara Senyap, Jue Aziz Gagal Dihubungi
  6. Zoya Amirin
  7. Zahra Jasmine 6
  8. Mislina ‘Gelandangan’ Sudah Terlalu Jauh
  9. Boy baru fazura
  10. GAMBAR EKSKLUSIF ADIK BERADIK ROZITA CHE WAN DAN EMAKNYA TERKINI

Comments are closed.