Home > Foto Artis > BOGEL DIBALUTI SELIMUT

BOGEL DIBALUTI SELIMUT

“Awak lah buka pintu. Cakap awak seorang sahaja di dalam bilik ni”

Mungkin itu perbualan antara seorang pemuda dan teman wanitanya sebaik pintu diketuk oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Johor, JAJ, tengah malam tadi.


Anggota penguatkuasa terpaksa menunggu sehingga lima minit sebelum pintu dibuka oleh gadis berusia 19 tahun, lengkap berpakaian. Apabila bilik diperiksa, teman lelaki seusianya sedang bersembunyi di belakang pintu di dalam bilik air unit hotel di Taman Melodies, Johor Bahru.

Mungkin itu bukti cinta lelaki terbabit terhadap teman wanitanya didapati mendaftar masuk ke kamar itu sejak jam 4.15 petang semalam. 


Dua individu itu antara 13 pasangan ditahan dalam serbuan Ops Mawar Merah JAJ bagi membanteras kegiatan maksiat di kalangan umat Islam  menyambut Hari Kekasih.


Operasi bermula pada jam 12 tengah malam itu diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Zamri Kambari dibantu 10 anggota.

Manakala pasangan warga Indonesia berusia lingkungan 40an, gagal mengemukakan bukti sebagai suami isteri selepas diperiksa malah turut mencari helah kononnya diperdaya kadi palsu dengan membayar RM7,000 sebelum ini.



Temberang wanita itu bagaimanapun terbongkar apabila maklumat diperolehi dari pada pasangannya bercanggah ketika disoalsiasat di sebuah hotel di Taman Johor Jaya.

Di hotel berhampiran, akibat panik, satu lagi pasangan tidak sempat mengenakan pakaian apabila diserbu oleh pihak berkuasa.



Lelaki berusia 50-an ini hanya sempat membalut separuh tubuhnya dengan cadar manakala teman wanitanya kaku berselimut tanpa seurat benang.


Kesemua ditahan disiasat mengikut Seksyen 21(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan, pasangan terbabit berdepan hukuman denda RM3,000 atau tiga tahun penjara atau keduanya.

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Datuk Khatijah terkilan isu keluarga diputar belit
  2. Justin Bieber Berhenti Jadi Pengikut Instagram Selena Gomez
  3. Pengurus Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Wang Syarikat
  4. Berang Tunang Mekap Seperti Wanita Tua
  5. Citibank Memang Arogan
  6. Nabil Ahmad: Saya Hanya Cium Di Pipi, Bukan Mulut
  7. AR Tompel bukan lelaki gatal!
  8. Nuha #AF2014 Kurang Keyakinan Jadi Penyanyi
  9. Orang Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa
  10. ify (Blink)

Comments are closed.