Home > Foto Artis > Bila Kentong Berbunyi

Bila Kentong Berbunyi

Lembaran Ilmu

Bila Kentong Berbunyi

Assalamualaikum …
Dengan lafaz Bismillah …
Sebelum adanya kemudahan elektrik , television dan radio , ada cara unik untuk memberitahu penduduk apabila sesuatu berlaku . Masyarakat zaman dahulu menggunakan kentong sebagai alat pemberitahuan . Oleh itu , bila kentong berbunyi , maka tahulah masyarakat setempat bahawa sesuatu telah berlaku .

Alat Pemberitahuan

Ketika zaman kecil saya , masih sempat merasai penggunaan kentong ini . Kentong akan di ketuk untuk memberitahu bahawa sudah masuk waktu solat , ada berlaku kematian dan menandakan masuknya waktu berbuka dan waktu imsak di bulan Ramadhan . Kentong ini dipukul mengikut jumlah berbeza untuk memberitahu tentang sesuatu dan penduduk akan tahu apa yang berlaku berdasarkan jumlah ketukkan .

Bagaimana Ia Dihasilkan

Kentong diperbuat daripada kayu padu . Kayu itu tadi ditebuk dibahagian tengahnya dengan bukaan yang kecil seperti pintu . Untuk hasilkan bunyi yang nyaring , bahagian dalam perlulah dikosongkan . Dengan lain perkataan , ada ruang kosong di bahagian dalam kentong . Anda boleh lihat gambar untuk lebih kefahaman .

Di mana Ia Diletakkan

Kentong biasanya diletakkan di sebelah pintu surau dan masjid . Bilal atau imam hanya perlu mengetuk mengguanakan kayu khas untuk menghasilkan bunyi bila ada pemberitahuan yang perlu dilakukan .
Mengimbau zaman kanak – kanak , bunyi kentong sangat bermakna bila masuk bulan Ramadhan . Kami akan sentiasa menanti – nantikan bunyinya untuk mengetahui masuknya waktu berbuka dan imsak dengan ditemani cahaya pelita bersama keluarga . Maklumlah , dikampung saya hanya ada elektrik pada pertengahan tahun 80 – an . pada ketika itu , hanya di pekan sahaja yang sudah ada elektrik .
Bila ada majlis di surau seperti Maulidur Rasul , budak – budak yang nakal akan cuba mengetuk kentong tapi tak menghasilkan bunyi yang kuat . Ada cara tertentu sebenarnya untuk menghasilkan ritma bunyi mengikut jenis pemberitahuan .
Sekaran , zaman itu sudah berlalu , anda generasi Y tentu tidak pernah merasai saat zaman saya kanak – kanak dahulu . Malah anda juga mungkin tidak pernah mengenali apa itu kentong . Di setiap tempat , istilahnya berbeza . Bagi saya orang jawa , kentong adalah namanya panggilannya .
* NOTA :
Zaman itu sangat indah untuk dikenang .

Tags: , ,



Artikel Yang Lain:


  1. AC Mizal tolak semua tawaran lakonan
  2. Dato AC’ Mizal Bakal Duet Dengan Luna Maya Dalam Single Baru?
  3. Pasangan khalwat IPTA kemalangan cuba lari dari penduduk kampung
  4. Sekitar Resepsi Julfekar & Min Yasmin
  5. Raja Azura dah 5 tahun menjanda
  6. 6 Ciri Jutawan
  7. ‘Bukan kawan tapi kekasih’
  8. Sherry sangkal wujud cinta lokasi dengan Fattah Amin
  9. TERSEMBUL ‘D4D4′ AGNES MONICA BERGAMBAR DI KEDUTAAN AS
  10. Gosip Artis – Emelda masih menyembunyikan identiti anak angkatnya

Comments are closed.