Home > Foto Artis > Bekas Ketua Wanita Gerakan Diantara Mereka Sertai Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang Pulau Pinang ?

Bekas Ketua Wanita Gerakan Diantara Mereka Sertai Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang Pulau Pinang ?

BLOG TAUHU SUMBAT

Bekas Ketua Wanita Gerakan Diantara Mereka Sertai Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang Pulau Pinang ?

Seorang daripada peserta terbabit dalam pesta sukan bogel di kawasan pantai terpencil dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita itu yang pernah menjawat jawatan pemimpin sayap pergerakan itu pada 1980-an bagaimanapun kini bukan lagi ahli parti itu.

Beliau berkata, keahlian wanita itu tamat tempoh apabila beliau berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun dan insiden di Teluk Bahang berkenaan tiada kena mengena dengan parti.“Saya tidak kenal dia secara peribadi dan saya tidak tonton video acara bogel itu. Beberapa wartawan yang mengetahui mengenai wanita itu kemudian bertanya kepada Gerakan. “Saya minta Gerakan Kedah membuat siasatan dan ia mengesahkan beliau bekas ahli. Beliau adalah bekas ketua Wanita parti di Kedah ketika muda semasa berusia 20-an.

<!– more –>
Beliau berasal dari Lunas dan kini 54 tahun.“Gerakan juga terkejut dengan acara bogel yang berlaku di Pulau Pinang itu. Ia sesuatu yang tidak dijangka,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini. Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Pulau Pinang tersebar luas di Internet.

Berbogel di tempat awam tidak dibenarkan di Malaysia dan polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu. Tujuh daripadanya rakyat Malaysia. Dr Cheah mengadakan siding akhbar di ibu pejabat Gerakan Kedah di Alor Star hari ini dan mengutuk tindakan pengguna media social Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Badlishah. Pengguna Facebook yang menggunakan nama profil “Chandra Lawan Tetap Lawan” memuat naik gambar kemalangan negeri yang disunting dan memasukkan imej Agong. Dr Cheah berkata, kenyataan tidak sensitif mengenai kaum dan agama semakin kerap berlaku akhir-akhir ini di media sosial.

“Kini, kerabat diraja juga menjadi sasaran. Ia menunjukkan ada sebahagian golongan dalam masyarakat kita yang suka mencipta ketegangan di kalangan rakyat. “Bagi mengelak keadaan ini, polis perlu siasat dan cari siapa yang melakukannya dan dakwa mereka di mahkamah. “Jika polis tidak dapat kumpul cukup bukti untuk bawa kes ke mahkamah, mereka perlu memaklumkan kepada masyarakat supaya tidak timbul tuduhan polis berat sebelah ketika mengendalikan kes seumpama itu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak sepatutnya percaya apa yang dilihat di media sosial dan bertindak terburu-buru. “Ada pihak di luar sana yang akan mengambil kesempatan mengganggu sentimen jadi jangan percaya semua yang anda lihat,” katanya. Katanya, orang ramai juga tidak sepatutnya mengaitkan semua kejadian dengan isu perkauman, contohnya kes Kiki dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan bulan lalu. “Ia tiada kaitan dengan kaum atau agama. Ia adalah kes ancaman oleh seseorang kepada seseorang yang lain. “Ia menjadikan insiden itu berbeza dan tidak sepatutnya dikelirukan dengan sesuatu berbentuk perkauman dan agama,” katanya, merujuk kepada kejadian klip video seorang wanita muda mengancam lelaki warga emas dengan pengunci stereng selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Dilaporkan semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan polis menyiasat pengguna Facebook yang menuduh Agong itu. Pengerusi Suruhanjaya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata dalam satu kenyataan malam tadi semua pihak ditegah membuat spekulasi mengenai isu itu, kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu institusi diraja. – 7 Ogos 2014. – Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/ BLOG TAUHU SUMBAT

Tags: , , , , , , , , , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Amy Search Sumbang Buku Kepada Perpustakaan Kampung Bukit Mat Inson
  2. PUNGGUNG PALING ’53KSI’ BUKAN MILIK JENNIFER LOPEZ, TAPI…
  3. Che Ta: Saya risau
  4. Sharifah Zarina Kendalikan Bisnes Umrah
  5. Nabila sudah berubah?
  6. Lafaz Maaf Lebih Afdal Berbanding Kosong Kosong
  7. Gosip Artis – Hubungan Siti dan Datuk K semakin romantik
  8. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak Geng 36?
  9. Kenny Babyface Puji Kelunakan Suara Dato` Siti
  10. Noh tuju lagu buat Mizz Nina

Comments are closed.