Home > Foto Artis > Almy Nadia & Fizz Fairuz nikah 26 April ini

Almy Nadia & Fizz Fairuz nikah 26 April ini

ARTIS MELETOP

Almy Nadia & Fizz Fairuz nikah 26 April ini

Pelakon Almy Nadia bakal menamatkan zaman bujangnya Sabtu ini bersama kekasihnya Fizz Fairuz.
Akad nikah akan berlangsung di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang selepas solat Asar.
Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, bersyukur kerana segala persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.
“Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar di kampung saya.
“Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi yang hendak dilakukan memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya seperti yang dilapor oleh Utusan Online.
Ketika ditanya mengenai perasaannya untuk bergelar isteri, Almy memberitahu agak sukar untuk dia berkongsi memandangkan dia masih belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.
“Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya.
“Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja.” ujarnya.
Sebelum ini, pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah mengikat tali pertunangan mereka pada 22 Oktober lalu setelah lapan tahun menyulam cinta.

Tags: , , , , ,



Artikel Yang Lain:


  1. Sahila hisyam
  2. Kenny Babyface Puji Kelunakan Suara Dato` Siti
  3. Ciri-ciri calon suami yang baik menurut Islam
  4. Pertama Kali Azankan Anak, Awal Ashaari Menangis
  5. Hairi (Anak Wayang) Belajar Al-Quran Sebelum Jadi Suami
  6. Album tak laku, Sarihana tidak putus asa
  7. BCL Tanpa Make-Up masih cantik kok…
  8. pricilla (Blink)
  9. Sape suruh buka tudung, kan dah jadi cam Big Mama
  10. Aishah Ilias Tidak Takut Kontroversi

Comments are closed.